Nuffnang

Rabu, 16 Januari 2013

Fauzi Nawawi - Google Blog Search

Fauzi Nawawi - Google Blog Search


Rita Rudaini Halang <b>Fauzi Nawawi</b> Berada Di Lokasi - Gua.com.my

Posted: 15 Jan 2013 09:24 PM PST

Tahun 2006 dunia hiburan dihangatkan dengan kisah pergaduhan di antara Rita Rudaini dan Lisdawati di mana kedua-dua pelakon ini bercakaran ketika melakonkan salah satu babak dalam drama berjudul 'Kau Yang Ku Sayang'. Bermula detik itu, Rita dan Lisdawati tidak lagi digandingkan bersama.

Namun, baru-baru ini kedua-dua pelakon ini bersetuju untuk berdamai dan bersedia untuk digandingkan bersama selepas ditawarkan berlakon dalam drama bersiri 'Kerana Sarah'.

"Lebih baik kita tutup cerita lama. Yang penting, silaturrahim antara saya dan Kak Rita telah pulih dan kembali terjalin. Saya bersyukur maklumbalas daripada dari Kak Rita juga baik. Saya harap tiada pihak yang cuba mengeruhkan lagi keadaan", ujar Lisda ketika ditemui di majlis Malam Bersama Bintang anjuran TV3 baru-baru ini.

Setelah mendapatkan penjelasan Lisdawati mengenai hal ini, Gua turut berkesempatan untuk menemubual Rita Rudaini bagi mendapatkan reaksinya. Ternyata dengan tenang Rita turut meluahkan rasa lega kerana persengketaan di antaranya dengan Lisdawati telah berakhir. Baginya perkara yang lepas biarkan ia berlalu.

Biarpun begitu, Rita tanpa berselindung mengakui bahawa dia ada meletakkan satu syarat kepada pihak produksi sebelum membuat keputusan untuk terlibat dalam drama itu. Jelas Rita, dia tidak mahu suami kepada Lisdawati iaitu Fauzi Nawawi berada di lokasi penggambaran ketika adegan yang membabitkan dirinya. Bagaimanapun, Rita enggan mendedahkan sebab dia berbuat demikian.

Mengulas tentang kes polis yang membabitkan pergaduhannya dengan Lisdawati dahulu, Rita memberitahu semuanya telah selesai kerana siasatan ke atas kes itu telah pun selesai.

"Kes polis itu pun sudah tutup dan saya ingin membuka buka baru dengan bersikap professional sepanjang penggambaran 'Kerana Sarah'. Saya juga tidak mempunyai masalah dengan Lisda dan kami fokus untuk kerja masing-masing," ujar Rita ketika ditemui di majlis pelancaran drama 'Sehangat Asmara' di Publika, Solaris Dutamas, pada Selasa.

Jelas Rita lagi, sepanjang tempoh penggambaran dia dan Lisdawati ada bertegur-sapa namun bersikap lebih berhati-hati agar insiden lalu tidak berulang lagi.

berbaik-dengan-lisdawati-rita-rudaini-tidak-benar-<b>fauzi</b> <b>...</b> - RotiKaya

Posted: 15 Jan 2013 09:40 PM PST

Kalau anda masih ingat insiden pergaduhan dua orang selebriti di kolam renang ketika pengambaran sebuah drama 7 tahun lalu — anda sudah tua. Kidding. Ianya kini sudah selesai & mereka sudah berbaik.

Laporan media hari ini menyebut yang Rita Rudaini & Lisdawati masing masing sudah pun membuang yang keruh dan mengambil yang jernih selepas tujuh tahun hubungan mereka yang tidak rapat.

"Apa yang berlaku itu biarlah berlalu dan saya hormat dia sebagai pelakon yang lebih senior daripada saya. Diharap, tiada sesiapa yang akan mengungkit perkara lama itu," ujar Lisdawati.

Kedua dua pelakon ini turut di'gandingkan buat pertama kali semenjak tahun 2006 dalam sebuah drama bertajuk Kerana Sarah.

Yang menarik perhatian kami adalah kenyataan Rita Rudaini yang melarang kehadiran suami Lisdawati, Fauzi Nawawi di mana mana lokasi penggambaran yang melibatkan diri beliau.

"Dalam masa yang sama saya tidak mahu Fauzi (Nawawi) ada dalam apa juga penggambaran yang saya lakukan atas sebab yang tidak dapat saya kongsi kepada umum," kata Rita Rudaini.

&#39;Rita tak matang&#39; - <b>Fauzi Nawawi</b> | ituini

Posted: 16 Jan 2013 02:52 PM PST

"Sikap dia seperti budak belum matang. Saya sendiri tidak faham apa masalahnya sampaikan tidak mahu saya berada di lokasi penggambaran ketika dia ada," kata pelakon Fauzi Nawawi mengenai kenyataan Rita Rudaini terhadapnya.
Fauzi bersama isteri, Lisdawati dan Rita terbabit sama dalam penggambaran drama terbaru, Kerana Sarah arahan Murali Abdullah yang kini menjalani penggambaran sekitar Lembah Klang.

Fauzi berkata, dia bersikap profesional berdepan situasi itu dan menghormati permintaan Rita kepada pihak produksi yang tidak membenarkan dia berada bersama ketika penggambaran dijalankan.
"Saya tiada masalah dengannya dan boleh bekerja dengan sesiapa saja. Lakonan adalah karier saya, jadi apa jua situasi yang berlaku, saya kena menempuhnya," katanya ketika dihubungi, semalam.

Katanya, skrip asal menampilkan mereka bertiga dalam drama itu tetapi ia dipinda atas permintaan Rita. Sebagai pelakon dan suami, dia berharap tiada kejadian tidak diingini berlaku antara Rita dengan isterinya.

Lisdawati pula berkata, dia tidak mempunyai masalah untuk memberikan komitmen pada lakonan dalam drama ini. Malah, penggambaran berjalan lancar membabitkan adegan dia bersama Rita.
 "Kami hanya terus berlakon apabila di lokasi penggambaran. Suatu ketika dulu kami memang rapat seperti belangkas, tetapi sampai sekarang, saya tidak tahu apa punca kami bersengketa," katanya.

Lisdawati dan Rita pernah mencetuskan kontroversi apabila mereka bergaduh dalam satu adegan di kolam renang ketika bersama membintangi drama Kau Yang Ku Sayang arahan Rashid Sibir, tujuh tahun lalu.
Akibat kejadian itu, Lisdawati membuat laporan polis kerana mendakwa dicederakan Rita ketika penggambaran di sebuah hotel di Tanjung Tokong, Pulau Pinang.[metro]

Tiada ulasan:

Catat Ulasan