Memey Suhaiza - Google Blog Search |
BERITA ARTIS - <b>Memey Suhaiza</b> Pilih Hospital Sama Dengan Abby <b>...</b> Posted: 14 Jan 2013 02:39 AM PST Bertemu aktres cantik, Memey Suhaiza di majlis prebiu tayangan episod akhir 'Adam dan Hawa' baru-baru ini memberi kesempatan kepada GUA untuk menemuramahnya yang kini sedang sarat hamil. "Saya sangat teruja menantikan kehadiran cahaya mata sulung ini dan dalam masa yang sama, saya juga tidak terlepas daripada perasaan takut. Walaupun doktor menjangkakan kelahiran pada awal Februari, tetapi kemungkinan juga boleh melahirkan dua minggu lebih awal daripada tarikh jangkaan," ujar Memey kepada GUA. Bercerita tentang persiapannya untuk menyambut cahaya mata sulungnya bersama Norman Hakim itu, Memey memberitahu setakat ini persiapannya sudah 90 peratus selesai. Selain itu, Memey juga mengakui dia turut mengalami alahan teruk di peringkat awal kehamilannya seperti muntah-muntah dan ketika kandungan memasuki usia lima bulan dia kembali normal dan berat badannya juga tidak bertambah. Anak yang bakal dilahirkan oleh Memey nanti merupakan bayi lelaki dan pasangan ini belum lagi memilih nama untuk bayi berkenaan. Memey akan kembali aktif berlakon selepas tamat tempoh berpantang. |
You are subscribed to email updates from Memey Suhaiza - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan