Nuffnang

Jumaat, 25 Januari 2013

Fauzi Nawawi - Google Blog Search

Fauzi Nawawi - Google Blog Search


Halang Datang Lokasi — <b>Fauzi Nawawi</b> Anggap Rita Rudaini Tidak <b>...</b>

Posted: 16 Jan 2013 04:02 PM PST

Ketika para peminat menarik nafas gembira kerana dua aktress ini kini telah berbaik dari persengketaan selama tujuh tahun, ada kenyataan yang kurang senang keluar dari salah seorang mereka.

Mengulas tentang hubungan dengan Lisdawati yang kini sudah pulih, Rita Rudaini meletakkan syarat bahawa Fauzi Nawawi tidak boleh berada di lokasi penggambaran yang melibatkan dirinya.

BACA: Rita Rudaini Halang Fauzi Nawawi Datang Ke Lokasi

Bercakap kepada Harian Metro hari ini, Fauzi Nawawi mendakwa yang keputusan Rita Rudaini adalah satu tindakan orang yang kurang matang.

"Sikap dia seperti budak belum matang. Saya sendiri tidak faham apa masalahnya sampaikan tidak mahu saya berada di lokasi penggambaran ketika dia ada," ujar Fauzi Nawawi.

Walaupun keliru dengan permintaan Rita Rudaini tersebut, Fauzi Nawawi berkata beliau akan bersikap professional & memenuhi syarat aktress tersebut untuk tidak berada di lokasi penggambaran.

Lisdawati & Rita Rudaini terlibat sama dalam sebuah drama araham Murali Abdullah yang kini sedang menjalani penggambaran sekitar lembah Klang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan