Nuffnang

Jumaat, 25 Januari 2013

Syamsul Yusof - Google Blog Search

Syamsul Yusof - Google Blog Search


Irfan One: Pengarah Filem Muda - <b>Syamsul Yusof</b>

Posted: 19 Nov 2012 08:22 PM PST

IrfanOne tertarik di dalam MStar Online mengenai Pengarah filem muda Syamsul Yusof yang mengakui sedang mendalami ajaran agama Islam... Mari kita sama-sama menghayatinya...
KUALA LUMPUR: Pengarah filem muda Syamsul Yusof mengakui sedang mendalami ajaran agama Islam sejak kebelakangan ini agar menjadi Muslim yang benar-benar bertakwa.

Syamsul atau nama sebenarnya Mohd Syamsul Yusof, 28, berkata, perubahan itu dilakukan sedikit demi sedikit dengan mendekati golongan ilmuwan Islam selain belajar mendalami agama tersebut menerusi buku.

"Sekarang ini saya mahu mendalami Islam kerana saya merasakan diri ini benar-benar cetek dalam pengetahuan agama.

"Bukan itu sahaja, saya turut berkongsi kepada peminat apa yang telah dipelajari di Facebook dan Twitter.

"Bersempena dengan tahun baru Hijrah ini, tak kiralah daripada segi peribadi dan kerja, saya ingin menjadi insan yang lebih baik dan berguna kepada masyarakat, Insya-Allah," katanya kepada mStar Online.

Tambah Syamsul dia juga percaya golongan remaja di luar sana turut mempunyai masalah yang sama di mana mereka masih tercari-cari landasan hidup menyebabkan dia mahu berkongsi mengenai Islam menerusi pelbagai medium termasuk filem.

Sementara itu, pada Konsert Zikir Terapi Diri Hafiz Hamidun yang diadakan pada Rabu lalu, Syamsul yang merupakan penyanyi undangan berjaya mempersembahkan sebuah zikir berjudul Ya Rabbi bersama saudaranya Dr. Anwar Fazal Abu Bakar (Burn & Soul).
Syamsul hadir turut menyanyikan lagu ciptaannya sendiri iaitu Ya Rabbi.
Terlalu menghayati lirik, air mata Syamsul turut tertumpah tatkala mengalunkan lagu yang merupakan latar filem Khurafat itu.


Ditemui selepas habis konsert tersebut, dedah Syamsul, dia menghantar pesanan melalui laman Twitter kepada Hafiz untuk menyatakan hasrat menyertai konsert penyanyi nasyid itu.


"Sebenarnya saya peminat setia Hafiz Hamidun dalam diam. Jika saya boleh berkongsi bab agama tidak kira dari segi lagu atau filem saya akan dekatkan diri ke arah itu," jelasnya.
Bagus! kaedah dan cara Pengarah Muda ini menjalankan dakwah beliau kepada umat manusia / masyarakat khususnya kepada para belia sekarang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan