Nuffnang

Isnin, 21 Januari 2013

Gambit Saifullah - Google Blog Search

Gambit Saifullah - Google Blog Search


Seniman akhirnya tegur <b>Gambit Saifullah</b> mengenai video clipnya <b>...</b>

Posted: 07 Jun 2011 07:34 PM PDT

Posted: 8 June 2011 at 10:34 am  

Jika sebelum ini ramai blogger yang mengkritik mengenai video clip Prema Yin yang dihasilkan oleh Gambit di pandang remeh dan diselar dengan pelbagai kata-kata kesat oleh Gambit melalui account twitternya.. Kali ini tiba giliran Persatuan Seniman Malaysia pula menegur Gambit mengenai video clip tersebut.. Menurut Harun Salim Bachik yang juga Presiden Seniman, Tindakan Gambit menghasilkan video clip tersebut dianggap tidak bermoral selain mencemarkan imej negara..

Harun Salim Bachik juga menasihatkan Gambit supaya dia tidak menyamakan video clip arahan dia dengan filem dalam botol..

"Jangan Gambit bandingkan filem Dalam Botol dan filem lain dengan klip video itu kerana kreativiti yang dia hasilkan tidak memberikan manfaat dalam konteks budaya Malaysia. Lagipun, apa yang dipaparkan di dalam drama dan filem mempunyai mesej tertentu yang lebih jelas berbanding klip video kerana ia mempunyai masa yang singkat selain boleh memberi macam-macam tafsiran."

"Klip video itu agak keterlaluan. Walaupun ia dihasilkan untuk pasaran luar negara, mereka sepatutnya peka dengan budaya dan agama rasmi negara kita iaitu Islam serta budaya yang kita amalkan. Jadi, mereka perlu berhati-hati melakukan klip video itu dan jangan terlalu terikut-ikut dengan budaya barat,"

Pengarah Filem dalam botol, Khir Rahman sendiri pun dah sound si Gambit ni melalui account twitter supaya jangan disamakan dengan video clip arahan Gambit dan filemnya..

tweet khir rahman tegur gambit

Psstt.. tak sabar nak tengok reaksi Gambit selepas ni.. Berani ke Gambit nak sound seniman pula?

Sumber: Mstar
Khir Rahman tweet: KhirRahman

Tiada ulasan:

Catat Ulasan