Nuffnang

Sabtu, 26 Januari 2013

Hans Isaac - Google Blog Search

Hans Isaac - Google Blog Search


BERITA ARTIS - <b>Hans Isaac</b> Mahu Kahwin Cepat - Gua.com.my

Posted: 24 Jan 2013 08:52 AM PST

Mengakui agak fobia untuk membuka mulut tentang kisah percintaan, Hans Isaac memilih untuk tidak terlalu terbuka mengenai kisah peribadi. Seperti semua sedia maklum, percintaan aktor kacak ini tidak menemui jalan penamat yang baik. Jelas Hans, pengalaman lalu memberi impak mendalam kepadanya dan banyak memberi pengajaran.

Ketika diasak dengan soalan mengenai status hubungannya dengan Neelofa, Hans enggan berkongsi lanjut mengenai keintimannya dengan pelakon berasal dari Kelantan itu. Namun, tidak menafikan mereka sememangnya sedang berkawan rapat. Hans menegaskan publisiti yang terlalu meluas tidak akan memberi kesan positif terhadap sesuatu perhubungan itu.

Dalam masa yang sama, Hans mengakui dia tidak mahu dikatakan mencari publisiti murahan memandangkan filem 'Lemak Kampung Santan' akan menemui penonton dalam sedikit masa lagi. Ini kerana dalam filem itu dia bergandingan dengan Neelofa.

"Filem saya dan Lofa (Lemak Kampung Santan) akan keluar tidak lama lagi, jadi saya tidak mahu mempromosi filem ini dengan cara murahan. Terlalu banyak cerita mengenai kami telah dikeluarkan dan saya memilih untuk tidak mengulas lanjut. Malah ia akan meninggalkan kesan yang tidak manis jika terlalu banyak diperkatakan," ujar Hans ketika ditemui di sidang media 'Lawak Ke Der 2', di Hotel Premiera Kuala Lumpur, pada Rabu.

Hans juga berkata dia gembira melihat rakan-rakan baiknya bahagia disisi keluarga serta berharap untuk mengikut jejak mereka. Hans tidak menafikan dirinya sememangnya seorang yang pemilih tentang pasangan hidup, namun berharap dapat menamatkan zaman bujangnya secepat mungkin.

"Seperti semua sedia maklum, fokus saya dua tahun sebelum ini adalah kepada ibu saya. Kini, dia sudah tiada. Jadi, seharusnya saya merancang fokus baru dalam hidup saya. Saya meletakkan sasaran untuk mendirikan rumahtangga pada akhir tahun ini atau pertengahan tahun hadapan.

Sasaran itu memang ada, namun keputusan ini perlu diambil bersama kerana perkara ini bukan main-main dan saya tidak mahu melalui penceraian. Saya tidak ingin berkahwin kerana perlu berkahwin tetapi biarlah perkahwinan itu terjadi secara semulajadi," ulas Hans mengakhiri perbualan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan