Jue Aziz - Google Blog Search |
- Rita Rudaini Cabar <b>Jue Aziz</b> Tunjuk Bukti
- Hubungan Aidil Dan <b>Jue Aziz</b> Semakin Serius? |
- Rita Rudaini Mencabar <b>Jue Aziz</b> | MyNewsHub
Rita Rudaini Cabar <b>Jue Aziz</b> Tunjuk Bukti Posted: 30 Aug 2012 08:50 PM PDT
"Saya cabar dia untuk kemukakan bukti apabila dia mendakwa saya menuduhnya mempunyai hubungan dengan suami saya. "Jika dia tidak dapat membuktikan tuduhannya itu, saya mahu dia membuat permohonan maaf secara terbuka," Itu kata pelakon jelita, Rita Rudaini Mokhtar, 35, yang terkilan dengan kenyataan Jue Aziz yang mendakwa dirinya menuduh wanita itu mempunyai hubungan dengan suaminya juga pemain skuad bola sepak kebangsaan, Mohamad Aidil Zafuan Abd Razak. Bercakap kepada Harian Metro, pelakon Balistik ini kesal, terkejut dan terkilan selepas membaca kenyataan Jue seperti disiarkan baru-baru ini apabila Jue mendakwa Rita menuduhnya dan Aidil mempunyai hubungan. Menurut Rita, kenyataan itu dengan jelas menuduh dirinya sebagai penyebar gosip mereka berdua dan kenyataan pelakon itu sememangnya keterlaluan. Rita berkata dia hanya mengetahui gosip mengenai hubungan Aidil dan Jue selepas seorang rakan media menghubunginya sekitar Mac lalu untuk mendapatkan komen apabila suami saya dikatakan rapat dengan pelakon itu. Rita bagaiamanpun ada terus bertanyakan kepada Aidil, tetapi dia kata langsung tidak mengenali Jue. "Saya bertanya kepada Aidil pun bukan sebab saya cemburu atau tidak senang dengan hubungan mereka (Aidil dan Jue) berdua seperti dimaklumkan wartawan berkenaan. Sebaliknya berkata kepada Aidil jika mahu mempunyai skandal sekalipun jangan sampai menyusahkan saya. Gosip mereka berdua membuatkan wartawan mencari saya untuk mendapatkan komen. "Kalau saya jahat sangat sampai ingin menyebarkan hal ini, dari Mac lalu hal ini sudah sampai ke pengetahuan umum. Tetapi kerana saya sudah tidak mahu ambil tahu mengenai apa yang Aidil ingin lakukan, saya biarkan saja gosip itu masuk telinga kanan dan keluar telinga kiri," katanya. Satu lagi kenyataan Jue yang disifatkan tidak berasas dan melampau oleh Rita apabila aktres itu mendakwa jangan mengada-adakan cerita yang kru produksi pernah melihat Jue dan Aidil keluar berdua. "Saya nak tanya dia (Jue), dia dengar cerita dari mana dan siapa yang kononnya saya berkata begitu? "Ini kerana saya tidak pernah berhubung dengan Jue atau meminta penjelasan daripadanya sejak gosip itu berlegar Mac lalu kerana seperti yang saya katakan, saya sudah tidak mahu ambil pusing apapun yang Aidil ingin buat. "Satu lagi kenyataan melampau Jue apabila dia berkata yang saya boleh minta simpati di luar sana, tetapi bukan dengan orang dalam industri yang kenal siapa diri saya sebenarnya. "Saya lebih makan garam berbanding dirinya (Jue) dalam bidang seni ini dan Alhamdulillah sampai sekarang saya masih diberi kepercayaan pihak produksi untuk melakonkan watak utama, sekali gus membintangi drama, telefilem serta filem terbitan mereka. Saya bukan mahu takbur atau bangga diri, tapi sila jaga bahasanya itu. "Kalau saya pernah senyap seketika pun, itu bukan sebab tiada 'job' tetapi saya sendiri mengambil keputusan untuk menumpukan sepenuh perhatian kepada keluarga. "Sepanjang lebih 10 tahun berlakon, saya jarang terbabit dengan kontroversi melainkan isu 'kahwin lari' itupun kerana ingin melakukan perkara baik, sedangkan Jue, apakah dia langsung tidak pernah dihambat kontroversi? Saya tidak mahu sebut kontroversi pernah menghambat dirinya yang pernah saya, umum dan penggiat seni dengar kerana tak mahu membuka aibnya. Lagipun dia tiada kena-mengena dengan hidup saya. "Cuma, saya berharap dia lebih berhati-hati dengan tutur katanya dan jangan sewenang-wenangnya bercakap hal orang sedangkan dia sendiri bukan seorang artis yang boleh dianggap 'bersih dan bebas' kontroversi," kata Rita. Berhubung percanggahan pengakuan Aidil yang mengatakan langsung tidak mengenali Jue sedangkan Jue pula mengakui mempunyai nombor pin BBM pemain bola sepak pasukan ATM itu. Bahkan baru-baru ini Aidil ada berhubung dengan Jue untuk menyelesaikan kemelut gosip yang mengaitkan mereka berdua, Rita menyerahkan pada umum untuk menilai. "Biarlah orang yang membaca kenyataan saya dan Jue sebagai dilaporkan Rabu lalu, menilai sendiri. Saya percaya pembaca bijak menilai. "Menurut Jue, suami saya ada menghubunginya untuk menyelesaikan gosip yang mengaitkan mereka berdua, tetapi kenapa Aidil tidak berbuat demikian untuk menerangkan hal sebenar kepada saya yang masih lagi isterinya walaupun situasi rumah tangga kami ketika ini ibarat 'retak menanti belah'. "Bukan itu saja, kalaulah saya berada di tempat wanita yang dikaitkan dengan suami orang, saya akan menghubungi isteri kepada lelaki berkenaan untuk meminta maaf di atas gosip yang tersebar, sekali gus menafikan jika ia tidak benar. Bukannya kita menuduh dan menghina isteri lelaki itu pada umum," katanya. - mD |
Hubungan Aidil Dan <b>Jue Aziz</b> Semakin Serius? | Posted: 01 Oct 2012 11:01 PM PDT Terkejut juga Abang Nara membaca artikel yang dikeluarkan di Utusan Malaysia ini. Mana taknya, daripada penulisan tersebut, dikatakan hubungan Aidil Zafuan, suami Rita Rudaini dengan Jue Aziz sudah memasuki fasa yang serius. Tahap keseriusannya ialah apabila mereka berdua menggunakan perkataan "sayang" sebagai kata ganti diri. Menurut artikel itu juga, Aidil dikatakan membeli sebuah beg tangan berjenama mewah di pusat membeli belah Pavilion. Beg itu dikatakan sebagai hadiah kepada Jue yang merajuk baru-baru ini. Agak pelik kalau perkara ini benar-benar terjadi kerana Jue sebelum ini mengakui hanya berkawan dengan Aidil. Daripada tulisan di Utusan Malaysia ini juga, khabarnya Aidil telah menghantar surat permohonan cerai kepada peguam Rita Rudaini sehari dua yang lalu. Ini adalah permohonan cerai kali kedua yang dilakukan selepas Aidil menarik balik permohonan cerai yang pertama. Benar atau tidak, kena nantikan perkembangan kisah ini di mahkamah kelak. Abang Nara cuma berharap agar kalau benar Aidil ada hubungan dengan Jue Aziz seperti yang ditulis dalam Utusan Malaysia ini, biarlah hubungan tersebut dilakukan selepas penceraian. Tak manis kalau bercinta dengan orang lain sedangkan status masih suami orang. Selesaikan apa yang patut dulu dan lepas tue nak buat apa suka hatilah. Tak gitu? Baca Yang Ini Pulak:- |
Rita Rudaini Mencabar <b>Jue Aziz</b> | MyNewsHub Posted: 31 Aug 2012 03:08 AM PDT Rita Rudaini menerusi sebuah akhbar telah mencabar Jue Aziz untuk mengemukakan bukti bahawa dia ialah orang yang bertanggungjawab menyebarkan gosip percintaan Jue Aziz dan suaminya, Aidil Zafuan. Cabaran ini dibuat selepas kenyataan Jue Aziz di bawah dikeluarkan menerusi akhbar tersebut iaitu : "Saya rasa Rita pun tahu yang suaminya ada berkenalan dengan perempuan lain, tetapi kenapa dia perlu kaitkan suaminya dengan saya pula? "Adakah sebab saya dikenali ramai maka saya dijadikan mangsa dengan sesuka hati menuduh saya untuk meraih simpati masyarakat? "Jika benar saya keluar dengan Aidil, tunjukkan bukti dan di mana. Jangan buat cerita yang kru produksi nampak kami keluar berdua kerana sepanjang masa saya sibuk dengan penggambaran di luar ibu kota," katanya. Menurut Rita, kenyataan Jue Aziz itu jelas menuduh dirinya sebagai penyebar gosip mereka berdua. Oleh kerana itu, Rita mencabar Jue Aziz untuk mengemukakan bukti bahawa dia ialah penyebar gosip tersebut. "Saya cabar dia untuk kemukakan bukti apabila dia mendakwa saya menuduhnya mempunyai hubungan dengan suami saya. Jika dia tidak dapat membuktikan tuduhan itu, saya mahu dia membuat permohonan maaf secara terbuka," katanya. Menurut Rita, dia sendiri mengetahui tentang gosip ini (percintaan Aidil dan Jue) menerusi rakan media yang menghubungi untuk mendapatkan reaksinya berkaitan isu tersebut. Rita telah mengetahui tentang hal tersebut semenjak Mac lalu dan tidak pernah menyebarkannya. – Sinar Harian Online Iklan Teks:PERINGATAN: Mynewshub tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri |
You are subscribed to email updates from Jue Aziz - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan