saleem iklim - Google Blog Search |
- BLOG-BLOG HIBURAN: <b>saleem iklim</b> - Google Blog Search
- 2 Tahun <b>Saleem</b> (<b>Iklim</b>) Merana Kerana Disantau ~ MEDIAPRIMATV <b>...</b>
- dairishare: <b>Saleem</b> "<b>IKLIM</b>" Bukan Yang Dulu Lagi..
BLOG-BLOG HIBURAN: <b>saleem iklim</b> - Google Blog Search Posted: 06 Jan 2013 01:23 PM PST
| ||||
2 Tahun <b>Saleem</b> (<b>Iklim</b>) Merana Kerana Disantau ~ MEDIAPRIMATV <b>...</b> Posted: 02 Jan 2013 12:00 AM PST Sebut saja nama Saleem, tentunya ramai masih kagum dengan penyanyi lagenda bersuara serak-serak basah ini. Manakan tidak, diusia 52 tahun bekas vokalis kumpulan sensasi 90-an, Iklim ni masih boleh dirasai setiap kali beliau muncul membuat persembahan pentas. Meskipun kini beliau bergerak secara solo, Saleem masih menerima banyak undangan nyanyian. Namun begitu, mungkin tiada siapa tahu satu waktu dulu penghibur kelahiran Setiu, Terengganu, ini pernah berasa putus asa dan hampir membuat keputusan tidak mahu menyanyi lagi. "Saya pernah rasa putus asa. Rasa tak mahu lagi menyanyi. Lebih-lebih lagi masa tu saya sakit. Dua tahun saya merana kerana disantau. "Ada satu masa tu, saya dapat undangan menyanyi. Bila saya nak naik ke pentas, tiba-tiba saya lupa lirik, saya tak boleh menyanyi. Saya tiba-tiba jadi takut nak berdepan dengan audience, rasa gemuruh semacam. "Saya pergi berubat di Thailand. Sekarang ni Alhamdulillah, keadaan saya dah pulih", kata kata Saleem kepada malaysiandigest.com ketika ditemui pada sidang media Konsert Gegar 5 Lagenda, di Istana Budaya, semalam. Tambahnya lagi, atas dorongan kawan-kawan dan peminat-peminat, membuatkan dia kembali bersemangat untuk kembali ke persada seni. Bagaimanapun Saleem memberitahu dia dan anggota Iklim yang lain tidak mungkin bergabung semula. Selain kerana masing-masing sudah anda kehidupan sendiri, berbezaan pemikiran menjadi penghalang untuk mereka bersatu. "Ramai yang cadangkan Iklim buat comeback. Tapi saya rasa itu tak mungkin terjadi. Sebetulnya sejak dari dulu lagi antara kami masing-masing punya pemikiran yang berbeza. Tambahan mereka sudah ada kehidupan dan kerjaya yang lain", katanya. Dalam pada itu, ditanya bagaimana penerimaan umum terhadap dirinya rentetan detik gelap dalam hidupnya beberapa tahun lalu. Saleem berkata, kalau ada pun yang masih melemparkan tanggapan negatif, "Mulut orang kita tak boleh nak tutup. Saya tak ambil pusing terhadap tanggapan negatif orang terhadap saya. Janji, kita tahu diri kita, apa yang terbaik untuk kita. Peminat pun ramai yang kata, mereka tak kisah tentang kisah silam saya, janji mereka nak dengar lagu-lagu saya". Saleem sebelum ini yang pernah beberapa kali menjadi penghuni penjara dan pusat gara-gara terjebak dalam kancah najis dadah. Dalam perkembangan lain, Saleem bakal muncul dengan single terbaru ciptaan Eddie Hamid berjudul Bila Orang Dah Benci dalam masa terdekat. Dia juga merancang untuk mengadakan konsert jelajah di Indonesia. Selain itu, Saleem bakal mengadakan konsert di Istana Budaya bersama empat lagenda Rock Ballad iaitu Aris Ariwatan, Rahmat (Mega), Zamani (Slam) dan Ali (Terra Rossa). Konsert yang diberi nama Konsert Gegar 5 Lagenda itu bakal bermula pada 22 hingga 24 Februari ini di Istana Budaya. | ||||
dairishare: <b>Saleem</b> "<b>IKLIM</b>" Bukan Yang Dulu Lagi.. Posted: 19 Jan 2013 05:44 PM PST BUKAN mudah buat penyanyi bersuara unik, Saleem untuk terus relevan dalam dunia hiburan tanah air. Karier muziknya tidak tidak semudah rakan seangkatan, tetapi dia tetap gagah meniti kerjaya dan semua itu berkat sokongan isterinya, Juliana Bachok. Saleem pernah mengherdik Juliana gara-gara enggan menjamin si suami berhubung satu kes dadah tidak lama dahulu. Namun dia yang mesra disapa Julia itu tetap setia. Julia punya banyak cerita srikandi moden. Dia bukan hanya isteri, tetapi dia mengurus karier seni Saleem. Dialah juga pengawal yang menentukan dengan siapa Saleem boleh bertemu atau berkawan rapat. Berkat kesanggupan, kesabaran serta sokongan daripada ahli keluarga yang lain, ketagihan Saleem terhadap dadah yang pernah hampir memusnahkan kariernya satu ketika dahulu dapat dipulihkan. Cerita wanita berusia 46 tahun itu juga, selama ini dia banyak menyekat pergaulan suaminya daripada berjumpa individu yang masih terlibat dengan dadah. Itu adalah cabaran paling besar baginya memulihkan Saleem daripada terus menjadi penagih. "Jika tiada sokongan dan kesabaran sudah pasti usaha saya tidak akan menampakkan hasil untuk menjauhkan dia daripada mendekati anasir-anasir yang membolehkan dia terlibat semula dengan dadah. "Sekarang saya berani katakan. Bagaimanapun dalam beberapa tahun ini, Saleem sudah berada pada tahap paling baik dalam hidupnya," ujar Julia kepada semasa pelancaran Konsert Gegar 5 Legenda di Istana Budaya di sini, Khamis lalu. Pemilik nama sebenar, AM Salim Abdul Majeed suatu ketika dahulu pernah melalui detik gelap dalam hidupnya. Disebabkan ketagihan dadah dia pernah beberapa kali menjadi penghuni tirai besi dan pusat pemulihan. Suatu masa dahulu, penyanyi lagu Suci Dalam Debu itu sendiri mengakui kesilapannya memilih kawan antara faktor yang menghumban dirinya menjadi sampah masyarakat. Pada 12 Mac 2005, anak jati Kampung Permaisuri, Setiu, Terengganu ini didapati bersalah memiliki satu paket plastik yang mengandungi 0.06 gram campuran heroin dan monoacetlymorphine serta satu lagi paket plastik mengandungi 0.06 gram dadah yang serupa pada Julai 2004. Saleem pernah menjalani hukuman penjara selama lapan bulan bermula 13 Disember 2004. Dia juga diletakkan di bawah pengawasan polis selama setahun selepas dibebaskan. Sambung Julia, Saleem kini sudah boleh berdikari dan mampu menguruskan masalah dan tekanan berkaitan kerjayanya dengan baik. Menurut Julia juga, ada ketikanya dia sudah tidak perlu menemani Saleem ke mana-mana kerana suaminya itu sudah mampu menguruskan kerjayanya sendiri. "Saya sudah boleh percayakan Saleem 100 peratus sebab itu dia sudah boleh keluar sendirian tanpa saya," ujar Julia. Bagi Saleem pula, Julia satu-satunya insan yang datang membantu pada saat tiada siapa di sisinya. "Kerana Julia saya kembali menjadi manusia. Saya bersyukur atas penerimaan ramai dan rezeki menyanyi tidak putus-putus," jelas Saleem yang merancang untuk mengadakan konsert jelajah di Indonesia sebagai salah satu projek besarnya pada tahun ini. Selain jadual konsert di Istana Budaya selama tiga hari bermula 22 Februari ini, Saleem juga bakal muncul dengan single terbaru berjudul Bila Orang Dah Benci ciptaan Eddie Hamid. |
You are subscribed to email updates from saleem iklim - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan