siti nordiana - Google Blog Search |
- BLOG-BLOG HIBURAN: <b>siti nordiana</b> - Google Blog Search
- <b>Siti Nordiana</b> Sudah Sedia Bersuami Baru – Perak Today
- terima anak, syarat kahwin - <b>siti nordiana</b> - MyArtis
BLOG-BLOG HIBURAN: <b>siti nordiana</b> - Google Blog Search Posted: 16 Jan 2013 07:11 AM PST
| |||||
<b>Siti Nordiana</b> Sudah Sedia Bersuami Baru – Perak Today Posted: 26 Aug 2012 01:00 AM PDT Selepas genap setahun berhijrah, penyanyi, Siti Nurdiana mengakui sudah bersedia untuk mencari bapa baru buat putranya Mohammad Ryyan Nakhaie yang kini sudah pun berusia 4 tahun. Malah, penyanyi yang senang disapa dengan panggilan Nana ini mengakui dia sedang berkawan dengan seseorang yang seusia dengannya. "Sekarang ini, Nana memang ada berkawan dengan seseorang. Namun, Nana rasa ada baiknya Nana cakap dia sebagai kawan saja. Untuk perkahwinan kali kedua ini, Nana mahu cari yang terbaik. "Bukan saja untuk Nana, bahkan untuk anak Nana. Nana mahu lelaki yang betul-betul mampu menjadi ayah kepada Ryyan. Terus-terang, Nana masih lagi mengintai adakah dia orangnya. "Insya-Allah, jika benar dia orangnya, Nana akan berkahwin dengan dia pada bila-bila masa saja. Nana sudah lama mengenalinya dan dia adalah seorang usahawan," katanya kepada murai.com.my. Menjelaskan mengenai lelaki tersebut, Nana memberitahu jejaka berkenaan sedang cuba merapatkan diri serta mengenali anaknya itu. "Sekarang ini, sikit-sikit dia cuba memikat hati anak saya. Dia pun masih muda dan belum pernah ada pengalaman dengan budak-budak. Dia sebaya dengan Nana. Sebenarnya, Nana kenal dia sebelum Nana bertudung lagi "Sebelum ini, Nana pernah berkawan dengan lelaki yang lebih berusia. Namun, ianya berakhir begitu saja dan tidak sesuai dengan Nana.," ujarnya. Menyentuh mengenai sambutan Aidilfitri, Nana seperti biasa beraya di Negeri Sembilan bersama anaknya dan ibu bapanya. Malah, diaturut menziarahi kubur arwah Faizal (bekas suami) "Saya bawa anak saya sekali. Keluarga arwah Faizal juga meminta untuk beraya bersama Rayyan. Jadi, saya hantar Rayyan ke sana. Saya tidak beraya bersama mereka, sekadar berkunjung sahaja. "Ryyan selalu ingatkan arwah. Setiap kali menonton drama lakonan arwah, dia mesti beritahu Nana bahawa itu adalah ayahnya," jelasnya. | |||||
terima anak, syarat kahwin - <b>siti nordiana</b> - MyArtis Posted: 02 Sep 2012 03:17 PM PDT Anak merupakan keutamaan bagi Siti Nordiana dan hanya lelaki yang mampu menerima anaknya sahaja mendapat tempat dalam hatinya. Ini kerana, anak tunggalnya yang bernama Mohammad Ryyan Nakhaie, 4, adalah segala-galanya bagi penyanyi itu sekarang. "Secara dasarnya saya sudah bersedia untuk kembali berumah tangga dan ciri-ciri yang saya cari adalah lelaki tersebut kena menerima anak saya dan bukan semata-mata diri saya sahaja. "Tambahan pula tanggungjawab lelaki itu nanti bukan mudah kerana perlu membesarkan anak saya dan sebab itu saya mahu calon suami saya itu nanti benar-benar bersedia," ujarnya kepada media. Meskipun tanpa berselindung Siti Nurdiana atau panggilan manjanya Nana mengakui sedang 'bersahabat' dengan seorang lelaki, namun pengakuannya itu tetap berlapik dengan mengatakan hubungan mereka masih diperingkat awal. Malah katanya lelaki itu juga sedang berusaha mendekatkan diri dengan anaknya Ryyan. "Saya pernah gagal dalam perkahwinan dan kali ini saya mahu meneliti terlebih dahulu sebelum membuat sebarang keputusan tambahan pula saya mencari seorang lelaki yang boleh menjadi bapa kepada anak saya. "Barangkali lelaki yang saya sedang berkawan itu adalah orangnya atau pun mungkin tidak, Nana mahu cari yang terbaik. "Dia sebaya dengan Nana dan belum pernah ada pengalaman dengan kanak-kanak jadi dia kini sedang membiasakan diri dengan situasi baru dan setakat ini semuanya berjalan dengan lancar. Jika ada jodoh Nana terima dengan seadanya," ujarnya dipetik sebagai berkata. Untuk info, Nana sebelum ini pernah berkahwin dengan pelakon Allahyarham Faizal Yusop sebelum bercerai pada tahun 2009. Hingga kini, beliau masih menjadi ibu tunggal dan berkawan baik dengan Rosmunira Rashid, janda yang dikahwini oleh Allahyarham Faizal selepas mereka bercerai. |
You are subscribed to email updates from siti nordiana - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan