Nuffnang

Rabu, 30 Januari 2013

suki oiam - Google Blog Search

suki oiam - Google Blog Search


Sekitar Majlis Perkahwinan <b>Suki OIAM</b> (10 Gambar) | LIMAUAIS

Posted: 17 Dec 2012 04:19 AM PST

Perkahwinan Suki OAIM

Tanggal 12.12.12 juara rancangan bakat realiti 'One in A Million', Low Sook Yee atau lebih dikenali sebagai Suki Low telah selamat melangsungkan perkahwinan dengan ahli perniagaan serta eksekutif muzik Jeremy Chong dalam sebuah majlis penuh meriah di Pulau Pinang.

Majlis resepsi yang berlangsung di 32 Mansion di Upper Penang Road dihadiri oleh ahli keluarga serta sahabat terdekat pasangan tersebut sama cantik, sama padan ini. Selepas upacara memotong kek, 120 buah belon telah dilepaskan ke udara sebagai lambang simbolik yang meraikan percintaan kedua mempelai.

Tidak melupakan adat serta tradisi, upacara minum teh turut diadakan sebelum makan tengah hari.

Namun, acara yang paling dinanti-nantikan sepanjang majlis perkahwinan tersebut adalah pesta jamuan perkahwinan malam itu yang telah ditaja oleh Genting Hong Kong Limited di atas kapal SuperStar Libra, Star Cruises.

Lengkap dengan persembahan bertemakan "Rock the 80's" di atas kapal, majlis perkahwinan ini pasti tidak akan dilupakan oleh para tamu serta Suki sendiri!

Acara tersebut juga menyaksikan pembabitan beberapa rakan kerja ternama yang lain seperti Sunnysan Photography selaku jurugambar rasmi majlis, Motion in Style Cinematography yang juga juruvideo rasmi majlis perkahwinan Dato' Lee Chong Wei, dan juga Penang Super Car Club yang telah menyediakan rombongan kereta mewah untuk acara tersebut.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan