Nuffnang

Khamis, 28 Februari 2013

najwa latif - Google Blog Search

najwa latif - Google Blog Search


<b>Najwa Latif</b> Tidak Kalah Dengan Kontroversi - Gua.com.my

Posted: 18 Feb 2013 08:00 AM PST

"Mengenai kontroversi yang berlaku kepada saya baru-baru ini, ia sedikit pun tidak menjejaskan kredibiliti saya sebagai seorang artis. Malah, kontroversi tersebut mematangkan diri saya kerana secara tidak langsung ia mengajar saya cara untuk berkomunikasi dengan lebih baik. Saya anggap semua yang berlaku adalah dugaan daripada Allah S.W.T," ujar Najwa mengulas mengenai pelbagai kontroversi yang membabitkan dirinya, termasuklah kemelut di antaranya dengan ayah kandungnya sendiri.

Ditanya adakah dia akan terus melupakan karier nyanyiannya selepas dilanda kontroversi itu, Najwa memberitahu bahawa dia tidak akan sesekali berhenti atau terus meninggalkan dunia nyanyian kerana baginya nyanyian merupakan punca rezeki.

"Saya belum rasa hendak mengalah. Seperti yang saya katakan tadi, kontroversi ini membuatkan saya lebih matang dan kuat dalam menghadapi hari-hari dalam industri ini. Peluang hanya datang sekali dalam hidup, jadi saya tidak akan mengalah," ujar Najwa.

Dalam masa yang sama, Najwa juga mempunyai pendapat sendiri mengenai kontroversi yang melanda seseorang artis.  Jelas penyanyi yang mula mencipta nama menerusi lagu 'Cinta Muka Buku' ini, jika sesebuah kontroversi itu boleh menaikkan nama seseorang artis, tidak salah baginya untuk menerima kontroversi tersebut, begitu juga sebaliknya.

"Saya tidak menolak dan tidak juga menerima kontroversi. Apa yang saya faham, kontroversi ini ada yang baik dan ada yang buruk. Sekiranya seseorang artis itu ingin mencetuskan kontroversi biarlah kontroversi itu dapat menaikkan namanya, bukanlah mencetuskan kontroversi yang boleh merosakkan atau menjejaskan reputasi diri sendiri," ujar Najwa lagi.

Nafi letak harga tinggi

Sebelum ini ada pihak mendakwa Najwa seakan-akan 'demand' dengan mengenakan bayaran yang cukup tinggi apabila terlibat dengan sesebuah persembahan.  Mengulas tentang dakwaan ini, Najwa memberitahu ianya tidak benar sama sekali kerana dia  pernah mengadakan persembahan tanpa sebarang bayaran.

"Macam mana isu ini boleh timbul? Sedangkan saya sendiri tidak tahu dan tidak pernah meletakkan sebarang bayaran tinggi untuk buat persembahan. Malah, saya pernah membuat persembahan secara percuma. Mereka yang pernah berkerjasama dengan saya pasti tahu perkara ini tidak pernah terjadi. Bayaran untuk membuat persembahan dikira berdasarkan jarak dan masa yang sesuai untuk saya bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain," ujar Najwa mengakhiri perbualan.

Aqasha - Google Blog Search

Aqasha - Google Blog Search


Foto : <b>Aqasha</b> Timang Anak Perempuan | OHBULAN!

Posted: 13 Oct 2012 09:14 PM PDT

"Inginku gigit-gigit cuping telinga kecilmu, luahkan perasaanku, membisikan aku cinta kamu…" Melihat foto-foto yang dikongsikan oleh penyanyi lagu "Obsesiku" ini turut menimbulkan perasaan geram kepada setiap orang yang melihat. Mana tak, pasangan bahagia ini telah berkongsikan beberapa keping foto comel anak kedua mereka di laman Twitter Aqasha melalui Twitter "Aqasha LeĆ© ?@TheAqasha".

Firdee Aqasha Rosli atau lebih dikenali sebagai Aqasha berkongsi gambar anak perempuannya yang bernama Alaena Ayesha yang selamat dilahirkan di Darul Ehsan Medical Centre (DEMC). Jelas terpancar keseronokkan Aqasah apabila dia turut berkongsikan sekeping gambar isterinya, Norbaizura bersama anak sulung, Alehandra Ahmad Firdee, 1 tahun, dan bayi perempuan mereka iaitu Alaena Ayesha.

Berikut foto-foto lain :

Tags: , , , , , , ,

Fasha Sandha - Google Blog Search

Fasha Sandha - Google Blog Search


INFO : <b>Fasha Sandha</b> Semakin Sarat Mengandung (5 Gambar <b>...</b>

Posted: 10 Jan 2013 07:09 AM PST

Salah seorang selebriti yang hadir ke sidang media pengumuman Top 5 ABPBH2012 semalam ialah Fasha Sandha. Fasha kini semakin sarat mengandung dan tampak semakin comel dengan perutnya yang semakin membesar. Memang terserlah keserian ibu mengandung di wajah Fasha.
Hanya tinggal lebih kurang sebulan dua sebelum Fasha akan melahirkan anak sulungnya hasil perkahwinan dengan Jejai. Sama-samalah kita doakan agar semuanya berjalan lancar. Untuk makluman, Fasha tercalon di dalam kategori Pelakon TV Wanita Popular. 



Erra Fazira - Google Blog Search

Erra Fazira - Google Blog Search


CANTIK - <b>Erra Fazira</b> Elak Guna Penyedut Minuman - Gua.com.my

Posted: 10 Jan 2013 08:00 AM PST

Setiap kali Erra Fazira melangkah ke acara karpet merah, pasti banyak mata yang tertumpu kepadanya. Dalam masa yang sama, jurufoto tidak henti-henti merakam wajahnya untuk tatapan peminat. Hendak tahu apa rahsia kecantikan Erra? Jom semak tiga tip cantik yang pernah dikongsikan Erra sebelum ini. Cuba amalkan dan lihat hasilnya.

1) Ketika menyolek bahagian mata, Erra tidak pernah menarik kelopak mata kerana dia percaya ia akan menyebabkan kekenduran kulit jika kerap dilakukan. Malah, Erra juga sering mengelak menggunakan penyedut minuman kerana ia boleh menyebabkan kedutan yang tidak perlu.

2) Erra sentiasa melindungi kulit daripada sinaran matahari. Setiap kali hendak keluar dari rumah, Erra mesti memakai krim pelindung matahari (sun block). Selain daripada itu, Erra juga tidak pernah meninggalkan rumah tanpa memakai cermin mata hitam untuk melindungi kulit di sekeliling mata.

3) Awasi pemakanan. Makanan terlalu berminyak berkemungkinan besar boleh menyebabkan jerawat. Erra memperbanyakkan buah-buahan dan sayuran dalam diet sehariannya. Ini kerana buah-buahan dan sayuran kaya dengan vitamin C yang baik untuk kulit serta memiliki anti oksidan yang membantu menyingkirkan radikal bebas.

Rita Rudaini - Google Blog Search

Rita Rudaini - Google Blog Search


Saya Hanya Ingin Tahu Kenapa Dia Nak Ceraikan Saya – <b>Rita</b> <b>...</b>

Posted: 24 Feb 2013 09:10 PM PST

Rita Rudaini & Aidil

Pagi tadi telah berlangsungnya perbicaraan kes cerai antara pasangan penuh sensai Rita Rudaini dan Aidil Zafuan bertempat di  Mahkahmah Rendah Syariah Seremban, Negeri Sembilan.

Menerusi kes tersebut, Aidil Zafuan telah mengeluarkan kenyataan yang dirinya sudah tidak sayangkan Rita Rudaini dan seolah-olah pemain bola sepak pasukan Johor Darul Takzim (JDT), ini sudah nekad untuk bercerai dengan pelakon tersebut.

Saya sudah tidak sayangkan dia. Saya tak ingin lagi hidup begini sebab dah berlarutan dan tiada jalan penyelesaian.

Namun begitu, nampaknya Rita tidak terkejut dengan kenyataan yang telah dikeluarkan oleh Aidil dan menafikan dakwaan yang kononnya sebelum ini dia pernah meminta cerai dengan pemain bola itu.

Tak pernah. Kalau betul saya minta cerai, kenapa tak ceraikan?

Selagi dia masih sah sebagai suami saya, saya sayangkan dia. Saya hanya mahu tahu apa kesalahan saya sehingga dia mahu menceraikan saya.

Hasil perbicaraan hari ini, Hakim Hamizan Mohd Nor telah menunda proses lafaz cerai pasangan tersebut kepada 8 Mac 2013 dan kes akan dirujuk kepada Jawatankuasa Khas Pendamai di Pejabat Agama Daerah Seremban. 

Sumber : MD

Tags: , , ,

Elly Mazlein - Google Blog Search

Elly Mazlein - Google Blog Search


<b>Elly Mazlein</b> Tidak Mahu Komen Status Tunang | OHBULAN!

Posted: 21 Oct 2012 08:02 PM PDT

Mengikut perancangan, akter manis Elly Mazlein dikatakan bakal disatukan dengan pasangannnya yang juga seorang pengarah filem, Azmi Hatta pada Februari lalu. Akan tetapi, disebabkan kesibukan jadual kerja, tarikh tersebut telah ditunda sehingga Disember tahun depan.

Menurut laporan Kosmo Online hari ini, Elly Mazlein ketika ditemuai pada majlis pelancaran trailer 'Awan Dania The Movie' baru-baru ini difahamkan tidak lagi memakai cincin pertunangannya dan apabila diajukan soalan mengenai status hubungannya dengan Azmi Hatta, aktress ini hanya mampu berdiam diri dan tidak memberi sebarang komen.

"Saya tidak mahu beri sebarang komen, lebih selesa berdiam diri. Saya harap semua faham kerana hal ini berkaitan dengan kehidupan peribadi saya. Bagi saya sesuatu yang normal tidak semestinya orang yang bertunang mengakhiri hubungan mereka dengan perkahwinan, ada yang berkahwin pun bercerai juga," katanya dalam nada berkias.

Disamping itu, aktres ini turut akui bahawa keluarga sangat memahami dan tidak memaksa dirinya untuk berkahwin dalam kadar segera.

"Memang saya sangat bersyukur kerana keluarga amat memahami saya. Mereka tidak pernah paksa saya untuk lakukan sesuatu perkara, sama juga halnya dengan perkahwinan."

"Faktor usia tidak membuatkan saya mahu segera berkahwin. Buat apa saya ikut kata orang dan puaskan hati pihak lain sedangkan diri sendiri yang merana. Saya jenis orang yang ikut kata hati," tegas Elly Mazlein.

Tags: ,

Tiz Zaqyah - Google Blog Search

Tiz Zaqyah - Google Blog Search


Hati <b>Tiz Zaqyah</b> Kini Kembali Berbunga Bersama Daniel Haziq <b>...</b>

Posted: 13 Feb 2013 06:03 AM PST


Patutlah AA nampak Tiz Zaqyah semenjak dua ini begitu ceria sekali di dunia Internet. Rupa-rupanya hati Tiz sedang berbunga-bunga kembali dilamun cinta dengan rakan sekolah menengahnya yang dikenali dengan nama Daniel Haziq.
Memang kacak orang yang berjaya mencuri hati Tiz Zaqyah ini (walaupun masih tidak sekacak AA). Berkata kepada Harian Metro hari ini, Tiz menafikan yang dia pernah bercinta monyet dengan Daniel Haziq ketika di alam persekolahan dahulu.
Kami berjumpa semula selepas 11 tahun kenal. Hubungan kami menjadi rapat hanya beberapa bulan lalu dan buat masa ini kami masih mengenali antara satu sama lain lebih rapat. Apa boleh saya katakan, dia seorang pemalu dan baik hati. Saya selesa berkawan dengannya dan kami belum ada apa-apa perancangan untuk berkahwin dalam masa terdekat.








Best regards,

LIKE , TWEET dan COMMENT daripada anda amatlah Ahmad hargai . Tq :)

ramlah ram - Google Blog Search

ramlah ram - Google Blog Search


19 Februari 2013: Pelancaran Album <b>Ramlah Ram</b> - Gua.com.my

Posted: 19 Feb 2013 07:55 AM PST

[unable to retrieve full-text content]19 Februari 2013: Pelancaran Album Ramlah Ram.

Fizo Omar - Google Blog Search

Fizo Omar - Google Blog Search


GAMBAR - 18 Februari 2013: Bercuti Bersama <b>Fizo Omar</b> & Ramli <b>...</b>

Posted: 18 Feb 2013 07:56 AM PST

[unable to retrieve full-text content]18 Februari 2013: Bercuti Bersama Fizo Omar & Ramli Sarip.

Elfira Loy - Google Blog Search

Elfira Loy - Google Blog Search


Tahniah, Adik <b>Elfira Loy</b> Kini Bertudung

Posted: 28 Dec 2012 12:00 AM PST



Tahniah, Adik Elfira Loy Kini Bertudung ! Tahniah aku ucapkan buat adik pelakon remaja ngetop iaitu, Esliza Loy yang kini telahpun bertudung.
Dengarnya Esliza bertudung kerana telah bermimpi, mimpi yang menakutkan dirinya itu sebenarnya telah pun dilalui beberapa kali. Tetapi setelah mimpi yang terakhir, Esliza bertambah yakin untuk berubah.
"Baru-baru ni saya mimpi tentang hari Kiamat. Dalam mimpi tu, saya dalam perjalanan ke masjid. Tiba-tiba ada batu bulat-bulat jatuh dari langit," 
"Saya sangat takut, Saya terus cari mama, Tapi mama tak ada,  Ahli keluarga yang lain juga tidak ada, Saya takut sangat," 
"Kemudian saya tersedar, Saya terus lari ke arah mama dan menangis, Mama terkejut dan hairan kenapa saya menangis, Saya katakan yang saya mimpi hari Kiamat."
Terima kasih juga atas dorongan rakan sekolah beliau, seorang rakan Eslizaa yang menuntut di sekolah agama dikatakan sering menceritakan kisah-kisah nabi kepadanya membuatkan hati Esliza dikatakan nekad untuk serius berhijab.
Dengan gaya terbaru ini, Esliza sekaligus telah mengubah penampilannya dan menjadikan agama adalah kewajipan utama dalam melaksanakan perintah-perintah Allah S.W.T seperti memastikan solat lima waktu terlakasana dengan sempurna. Alhamdulillah dan tahniah sekali lagi buat adik Esliza.

#Kesilapan amat dikesali...thxs kerana ada yg menegur.

Tahniah, Adik Elfira Loy Kini Bertudung
~Salam mesra dari yastro~

Azhar Sulaiman - Google Blog Search

Azhar Sulaiman - Google Blog Search


Addin: Pelakon <b>Azhar Sulaiman</b> Mengaku Murtad?

Posted: 19 Nov 2012 05:08 PM PST

Isu murtad yang di gembar gembur dalam media negara telah menyebabkan seorang artis telah mengaku dirinya murtad. Pengakuan ikhlas Azhar Sulaiman bahawa dia sudah murtad di dalam laman sosial amat mengejutkan!!

Kenapa Azhar Sulaiman boleh berkata begitu ? Adakah kesan fitnah dari media yang memutar beli kenyataan Taun Guru Nik Aziz....? jika kerana tajuk utama media ini yang menyebabkan Azhar Sulaiman mengaku dirinya murtad amat lah malangnya beliau.

Menampakkan kejahilan artis ini dan bagi media itu pula seperti seekor Dajjal yang datang menyebarkan fitnah sehingga menjadi penyebab manusia itu terpengaruh lalu mengisytihar dirinya menjadi murtad.

Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Nik Aziz hanya melabel parti dominan Melayu itu sebagai murtad kerana menolak Islam.

Tuan Guru Nik Aziz menegaskan, tanpa mengira mana-mana pihak termasuk Umno sekalipun, jika menolak dan memperlekehkan Islam dengan sengaja boleh dianggap murtad kerana tidak mahu menerima hukum Allah sebagai panduan hidup.

"Tak kira siapa pun, tak kira kalau tok guru sekalipun, kalau murtad...murtad lah. "Usahkan Umno, tok guru berserban, berjanggut, kalau dia tolak Islam dengan cara ... hati dia betul, Islam tak guna ... dia murtad walaupun tidak ada mufti beritahu, tapi kalau dia tolak Islam dengan sengaja, yakin bahawa Islam tak guna ... dia murtad,"

"Umno tolak Islam, maka nampak dia memperlekehkan Islam. Dia buang Islam, macam lekehkan benda salah ... macam ubat habis tempoh dia buang. Jadi bila Umno buang (Islam), agama apa Umno tu?" kata Taun Guru Nik Aziz

Jelas apa yang di perkatakan oleh Tuan Guru Nik Aziz sifat - sifat yang membawa kepada kekufuran manusia. Seseorang itu boleh menjadi murtad dengan tiga cara iaitu, sama ada dengan perbuatan, percakapan atau kepercayaan dalam hati secara sengaja.


Bagi Azhar Sulaiman dari sudut mana penyebab beliau menjadi murtad penulis pun tak tau. Tetapi kalau dari apa yang di perhatikan dari tulisan beliau di laman sosialnya mungkin dari salah faham atau terhasut dari kenyataan Tuan Guru Nik Aziz yang di putar belit oleh media.

Sekiranya benar apa yang di perkatakan oleh Azhar Sulaiman dimintak pergi berjumpa dengan alim ulama untuk bertanya dan jangan kamu permainkan soal syahadah dan akidah. ~batuvskayu

Addin:

Andai benar apa yang diperkatakan oleh Azhar Sulaiman.. mohon beliau bertaubat. Jangan mempermainkan dan mempersendakan agama, akibatnya kamu terjerumus ke lembah hina.  Moga Allah SWT memberi hidayah pada beliau supaya bertaubat dan menyokong perjuangan Islam yang suci ini..


kumpulan KRU - Google Blog Search

kumpulan KRU - Google Blog Search


<b>Norman KRU</b> pengetua AF8?

Posted: 30 Dec 2009 12:00 AM PST

Penulis akui yang rancangan realiti Akademi Fantasia sudah tidak relevan lagi. Bukan kerana apa, Akademi Fantasia sekarang sudah jauh daripada matlamat utamanya, semua pelajarnya lebih cenderung dalam bidang lakonan, jadi pelakon. Nyayian kurang dan mungkin ada yang bersara lebih awal. Dalam hal yang lain pula, sumber perisikan terbaru telah beritahu bahawa rancangan ini, mungkin akan menerima individu termuda untuk menduduki kerusi panas sebagai Pengetua AF.

Norman Abdul Halim atau Norman KRU kini adalah Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif KRU Studios, beliau adalah diantara calon-calon yang disebut-sebut dengan penjawatan kerusi berkenaan. Norman KRU yang memulakan langkah pertamanya dalam bidang seni dengan muncul bersama kumpulan KRU yakni adik beradiknya juga dalam tahun 1992, dimana kumpulan mereka menjadi amat terkenal di seluruh Malaysia. Norman KRU yang sekarang berusia 37 tahun, akan menjadi Pengetua Akademi Fantasia yang termuda selepas Datin Seri Tiara Jacquelina (42 tahun) jika perkhabaran ini benar.

Tag: , , ,

Komen yang betul-betul negative/promosi dan seumpamanya akan dibanned terus untuk berkomen di sini. terima kasih

Along Cham - Google Blog Search

Along Cham - Google Blog Search


Artis & Instagram: <b>Along Cham</b>

Posted: 14 Oct 2012 04:59 PM PDT

Erry Putra - Google Blog Search

Erry Putra - Google Blog Search


What So Sizzle bout SizzlingSuzai: Meeting <b>Erry Putra</b>, Zain Saidin <b>...</b>

Posted: 11 Jul 2012 07:59 PM PDT






oh i met those two hunks and the cutie, Wan Sharmila at the recent Janji Ditepati carnival. honestly, i'm not really a fan but yup, i was quite anticipate meeting the actors since they are some of the top actors in Malaysia now.

so, for those who doesn't notice this clan, the man in black is Erry Putra and the mat saleh look alike is Zain Saidin. hehe..then, the only beauty there is Wan Sharmila.

seriously, you can always watch them in a series at TV3. yup, if i'm not mistaken there is a series acted by Erry Putra on TV3 right on this moment. hehe..sorry don't remember the tittle but he is pairing with Rita Rudaini in a slot of AKASIA

hmmm..at the distance of 15cm, admittedly, they were as good looking as in the tv but unfortunately, i should complained that they were not as 'friendly' as other celebrities i've ever met. hmmm..guys please working on your 'friendly-ness' and 'sincerity-ness'.....huhahuauhuaha don't be mad yarr...PEACE yo!!!  =)

p/s: eh, tetibe blog i dah jadi blog gosip-gosip artis plak kan?! hahahhaha...bear with with me readers! =D

xoxo

kumpulan Jinbara - Google Blog Search

kumpulan Jinbara - Google Blog Search


<b>JINBARA</b> SHOW DIPAHANG BUKAN DI I-CiTY SHAH ALAM - Berita <b>...</b>

Posted: 31 Dec 2012 01:19 AM PST

Semasa berada di Karnival Sayangi Selangor malam tadi  di I-CiTY Shah Alam,Penulis terkejut dengan satu pengumuman berkenaan dengan Konsert Ambang Tahun Baru 2013.




Semasa berada di Karnival Sayangi Selangor malam tadi  di I-CiTY Shah Alam,Penulis terkejut dengan satu pengumuman berkenaan dengan Konsert Ambang Tahun Baru 2013.
Dalam pengumuman itu menyatakan artis-artis yang akan mengadakan persembahan adalah Fiq,Alyah,Logeswaran,kumpulan Jinbara.
MSA hairan bagaimana pula Jinbara boleh membuat persembahan dikonsert ambang tahun baru 2013 di I-CiTY Shah Alam,sedangkan Jinbara pada 31-12-2012  berada di Pahang untuk mengadakan persembahan disana.
Maklumat ini MSA perolehi sendiri dari mereka sewaktu mengadakan latihan muzik ditempat MSA pada petang 30-12-2012,manakala video dan gambar kumpulan Jinbara yang ada dalam blog ini adalah hasil rakaman sendiri  pada sesi latihan mereka untuk mengadakan persembahan 
Seingat penulis MSA,sepanjang mengenali dan bersahabat sejak penghujung tahun 2006 dengan mereka,tidak ada Jinbara lain yang ada dalam industri muzik tanah air melainkan JINBARA yang dianggotai oleh Tiar,Akin,Anjang,Atan,Cepot  sekarang.
Untuk mempastikan Jinbara memang ada persembahan diPahang,Penulis MSA call salah seorang anggota kumpulan Jinbara pada 11:15 pagi hari ini 31-12-2012,dan memang sah Jinbara  ada show di Pahang. Manakala utusan online 22/12/2012  pun ada memaklumkan"Dalam pada itu, pengunjung juga berpeluang berhibur bersama keluarga dalam Konsert Ambang Tahun Baru 2013 yang diadakan pada malam kemuncak karnival iaitu pada 31 Disember ini yang menampilkan artis tempatan seperti Alyah, Fiq, Logeswaran, Jinbara dan sebagainya termasuk penampilan khas artis Bollywooddisini