Nuffnang

Khamis, 28 Februari 2013

kumpulan Meet Uncle Hussain - Google Blog Search

kumpulan Meet Uncle Hussain - Google Blog Search


Pertandingan mencari vokalis <b>Meet Uncle Hussain</b> (MUH) bakal <b>...</b>

Posted: 02 Aug 2011 02:06 PM PDT

Kumpulan Meet Uncle Hussain (MUH) optimis mencari vokalis sebenar bagi memudahkan segala urusan persembahan dan rakaman lagu.

MUH yang dianggotai Taja (gitaris), Gfat (bass), Babab (gitaris) dan Pitt (dram) mengakui ketiadaan vokalis tetap membuatkan mereka terpaksa menggunakan khidmat penyanyi jemputan.

Taja, selaku ketua kumpulan MUH berkata, perkara mencari pengganti Lan sudah lama difikirkan, namun kerana kekangan masa dan faktor kualiti, mereka masih tidak menemui vokalis yang benar-benar sesuai dengan mereka.

"Selepas pengunduran Lan, kami adakan pencarian vokalis menerusi siri uji bakat di laman sosial Facebook. Ada yang menghantar demo kepada kami, tetapi tiada yang menepati cita rasa kami.

"Kami juga mahu melihat apakah nasib kami bergerak tanpa vokalis. Nampaknya, kami berjaya buktikan walaupun tanpa vokalis kami masih bertahan dalam industri," katanya yang ditemui ketika sesi sidang media Sembang Bawah Pokok bersama MUH di Maju Junction, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Taja berkata, semua anggota bersetuju untuk membuat pertandingan nyanyian terbuka bagi mencari vokalis MUH.

Katanya, pertandingan yang sama konsep dengan program realiti ini akan dipersembahkan menerusi saluran TV dan peminat juga ada kuasa memilih siapa yang layak.

"Segala kertas kerja projek ini sudah siap dan dihantar kepada beberapa stesen TV. Insya-Allah ia akan dapat dipertontonkan selewat-lewatnya awal tahun hadapan.

"Bukan maksud kami mencari publisiti murahan, sebaliknya inilah cara yang kami rasa boleh berkongsi dengan peminat akan pemilihan vokalis kami," katanya lagi.

Taja berkata, projek ini menunjukkan betapa seriusnya mereka mencari vokalis kerana sebagai sebuah band, mereka sangat mementingkan kualiti.

"Memang kami agak cerewet dalam memilih individu yang tepat bagi memastikan peminat mendapat hasil terbaik.

"Kami tidak mahu tangkap muat kerana perjuangan kami adalah muzik, kami bukan cerita biasa yang boleh buat orang muak," katanya.

Menurutnya, kebanyakan individu yang mencuba nasib sebelum ini gagal melepasi 'piawaian' ditetapkan MUH, iaitu berkarisma tinggi dan mempunyai identiti sendiri.

"Kami sedar bukan mudah hendak mencari seseorang yang memiliki ciri itu, tetapi kami yakin ramai individu di luar sana yang mempunyai bakat terpendam cuma malu untuk menonjolkannya.

"Sebab itu, kami tidak kisah jika terpaksa mencari di ceruk-ceruk kampung sekalipun asalkan pencarian kami berakhir," katanya yang menyeru mereka yang berminat untuk menyertai program itu.

Taja berkata, ahli kumpulannya berharap projek ini bermula secepat mungkin kerana sudah terlalu lama mereka tidak muncul dengan album baru.

"Malah, ketiadaan vokalis sebenarnya agak menyusahkan apabila kami terpaksa menolak banyak undangan persembahan," katanya yang meletakkan harapan tinggi terhadap program itu.

Ketika ditanya alasan mengapa tidak mahu mengambil Black, Hazama mahupun Nubhan sebagai vokalis tetap, Taja berkata, Black dan Hazama sudah terikat dengan pengurusan masing-masing di mana Black dengan Media Prima dan Hazama pula Astro, sementara Nubhan pula, kami akan muncul dengan projek khas bersamanya.

Menurutnya, objektif utama mereka adalah memperkenalkan muka baru dan segar sebagai kelainan dan tiada persamaan dengan penyanyi lain.


Dengan wajah segar yang akan terpilih itu nanti diharapkan akan dapat menyamai kejayaan MUH seperti sebelum ini," katanya yang berharap projek realiti itu akan mendapat sambutan.

Katanya, besar harapan MUH lagu-lagu mereka dan vokalis baru nanti bukan hanya menjadi santapan halwa telinga, tetapi dapat meneruskan kejayaan sebelum ini yang pernah meraih tempat kedua menerusi Anugerah Juara Lagu 25 (AJL25) dengan lagu 'Drama King' yang menampilkan Black.

Selain Hazama dan Black, Nubhan juga antara yang sering membuat persembahan bersama kumpulan yang mula dikenali dengan lagu 'La...La...La... Kerjalah' dan 'Lagu Untukmu' ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan