Nuffnang

Sabtu, 16 Februari 2013

Bunkface - Google Blog Search

Bunkface - Google Blog Search


<b>Bunkface</b> Tak Gentar Dengan K-Pop | OHBULAN!

Posted: 27 Nov 2012 09:06 AM PST

Tercipta sejarah baru buat kumpulan Bunkface apabila mereka telah melancarkan album Augmented Reality (AR) pertama mereka yang bertajuk 'Bunk Not Dead'. Pelancaran album ini telah diadakan di Teeq Restaurant, Lot 10, Kuala Lumpur semalam yang telah dirasmikan oleh Dato' Mukhriz bin Tun Dr. Mahathir.

Album ini memuatkan sebanyak 13 buah lagu iaitu 4 buah lagu Melayu dan 9 buah lagu Inggeris. Usahasama antara Bunkface, Hunter Worldwide Interaktive Sdn. Bhd, dan Galaxtar.com telah menjadikan album ini sebagai album AR pertama di Asia.

Aplikasi 'Blippar' yang dihasilkan ini hanya boleh digunakan oleh Ipod, Ipad, Iphone dan Android sahaja. Dengan hanya memuat turun aplikasi Blippar secara percuma dan mengimbas album Bunkface, anda akan dapat melihat foto dan video Bunkface terbaru ditelefon  pintar anda.

Bersempena dengan majlis pelancaran album ini, OHBULAN! sempat mengajukan beberapa soalan kepada kumpulan Bunkface yang tidak tercalon keperingkat akhir Anugerah Juara Lagu tahun ini.

Menurut mereka, "Tak kisah, sebab kumpulan kami sudah pun dua kali ke final AJL dan apa yang penting tahun ini, Bunkface menang Shout Award. Kali ini bagi peluang kepada 'band-band' baru ke peringkat akhir AJL," ujar Bunkface dengan nada yang selamba.

Bunkface juga turut memberi komen tentang penjurian juri yang dianggap tidak telus dan lebih memihak kepada persembahan solo.

"Kalau betul ia disebabkan lirik, ini tidak adil untuk Bunkface sebab kami sudah lakukan yang terbaik. Tetapi mungkin juga lagu lain memang lebih sedap dan layak ke peringkat akhir," tambah mereka lagi.

Mengenai komen Bunkface yang 'skeptical' dengan artis K-Pop tempohari di Anugerah Shout Award.

"Masyarakat kita sekarang terlampau didedahkan dengan artis luar sehinggakan artis kita tenggelam langsung tak boleh cari makan. Apa yang Bunkface buat sekarang adalah untuk masa akan datang supaya masyarakat kita tidak mengagungkan sangat artis luar.

"Bagi kami, kami akan terus berjuang sebab tiada kumpulan lain yang berani menyuarakan pendapat mengenai benda ini," ujar Sam selaku vokalis kumpulan ini.

Tags: , , ,

Tiada ulasan:

Catat Komen