Nuffnang

Sabtu, 16 Februari 2013

Iqram Dinzly - Google Blog Search

Iqram Dinzly - Google Blog Search


BERITA ARTIS - <b>Iqram Dinzly</b> Hilang Minat Berlakon? - Gua.com.my

Posted: 31 Oct 2012 09:00 AM PDT

Pelakon dan pengacara popular, Iqram Dinzly memberitahu semenjak dia berhasrat untuk berubah menjadi insan yang lebih baik, dia kini tidak lagi memburu tawaran berlakon seperti dahulu. Bagaimanapun, dia menafikan mahu meninggalkan dunia lakonan.

"Lakonan adalah minat saya, jadi tidak mungkin saya akan tinggalkan dunia lakonan dalam waktu terdekat ini. Saya masih ingin berlakon, tetapi buat masa sekarang ini saya sudah tidak kisah kalau saya tidak dapat sebarang tawaran. Mungkin kerana saya mahukan watak atau suasana persekitaran kerja yang berbeza. Sehingga hari ini saya belum lagi mendapat watak yang betul-betul mencabar keupayaan lakonan saya. Mungkin pihak penerbit tidak berani untuk bereksperimen dengan saya. Saya pun tidak pasti mengapa saya sukar mendapat watak yang lain daripada lain.

Saya cakap begini bukanlah kerana anggap diri ini sudah terlalu bagus, tetapi saya perlu cabar diri sendiri untuk berada di tahap yang lebih baik. Kalau asyik berikan benda yang sama kepada penonton, tidak mustahil mereka akan bosan. Saya mahu tunjuk sisi saya yang lain. Mungkin jadi pesakit jiwa atau pembunuh bersiri pula. Tahun depan saya akan pilih skrip yang betul-betul saya ingin buat. Tak kisahlah kalau job tidak banyak pun, asalkan setiap job yang saya buat nanti boleh memberi kepuasan kepada diri sendiri dan memberi impak kepada penonton," ujar Iqram berterus-terang.

Sementara itu, Iqram turut ditanya sama ada dia menghadapi masalah atau tidak dengan penampilan dan pendirian terbarunya itu. Maklumlah, apabila seseorang artis mula berubah kepada kebaikan, pasti banyak produksi yang mula enggan menawarkan sebarang tawaran berlakon.

"Saya tidak peduli dengan apa yang orang cakap dengan penampilan terbaru saya ini. Bagi saya senang sahaja, bukan mereka (produksi) yang memberi saya rezeki, sebaliknya Allah. Bagaimanapun, setakat ini saya tidaklah letakkan syarat kalau mahu ambil saya berlakon. Saya masih beri komitmen macam dahulu. Cuma dalam pergaulan seharian, saya tidak seperti dahulu. Seandainya tiba-tiba saya kurang mendapat tawaran berlakon, saya pun tidak kisah. Saya percaya dan yakin, Allah pasti akan membuka jalan lain untuk saya dapat rezeki. Mungkin dalam bidang pengacaraan. InsyaAllah," ujar Iqram.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan