Nuffnang

Isnin, 4 Februari 2013

Que Haidar - Google Blog Search

Que Haidar - Google Blog Search


&#39;Romantika&#39; Singkap Kehidupan Rumah Tangga <b>Que Haidar</b> <b>...</b>

Posted: 04 Feb 2013 04:00 PM PST

Linda Jasmine & Que Haidar

Bermula jam 9 malam ini, pihak Astro bakal menyiarkan program terbaru mereka berjudul 'Romantika.'

Program terbaru ini bakal menyingkap kisah sebenar pasangan selebriti Malaysia yang sudah mendirikan rumah tangga, mahupun yang baru melangkah ke gerbang perkahwinan.

Menerusi program ini, para pasangan selebriti diminta untuk berkongsi kisah kebahagiaan serta pahit manis dalam melayari bahtera rumah tangga dan untuk episod pertama malam ini, pihak Astro bakal menyiarkan realiti kehidupan rumah tangga pasangan romantik Que Haidar dan Linda Jasmine bersama tiga orang cahaya mata mereka iaitu Qalif, Ratu dan Cleopatra.

Apa yang menariknya di dalam program ini adalah, pasangan selebriti akan diajukan dengan pelbagai soalan 'panas' dan program berbentuk drama realiti berdurasi 30 minit ini akan turut menceritakan mengenai pengalaman kali pertama pasangan selebriti tersebut tinggal sebumbung.

Program 'Romantika' ini bakal bersiaran selama 13 episod pada setiap hari Selasa menerusi saluran Astro Ria (104) dan Astro Mustika HD (134).

Berikut merupakan teaser program 'Romantika' untuk episod pertama dan sekiranya anda ingin mengetahui lebih lanjut mengenai program ini jangan lupa untuk saksikannya malam nanti.

Sumber : Astro Gempak

Tags:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan