Nuffnang

Selasa, 12 Mac 2013

Diana Amir - Google Blog Search

Diana Amir - Google Blog Search


<b>Diana Amir</b> Kecewa Stesen TV Masih Dedahkan Auratnya | Jom <b>...</b>

Posted: 20 Jan 2013 09:50 PM PST

Pelakon dan pengacara, Diana Amir, meluahkan rasa kecewanya apabila terdapat sesetengah stesen televisyen menayangkan drama mahupun filem lakonannya sebelum bertudung yang dikiranya mengaibkan.

Memetik kenyataan Kosmo!, Diana memberitahu kenyataan itu tidak hanya untuk dirinya sendiri malah secara tidak langsung pelakon Aku Masih Dara itu mewakili juga rakan artis lain yang sudah berhijab.

"Saya menyarankan supaya stesen TV menghentikan tayangan filem-filem lama saya serta beberapa pelakon lain yang sudah berhijab sekarang. Fikirkan juga kebajikan kami yang sudah berubah.

"Ramai juga peminat yang mengadu mengenai kekerapan tayangan filem-filem lama saya sebelum saya berhijrah. Memang itu kesalahan saya tapi kalau boleh tayangkan filem-filem lain yang masih banyak dalam pasaran kita," katanya.

Malah, menurut Diana, dia bakal merujuk Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) berhubung perkara itu.

Dalam perkembangan lain, pelakon kelahiran Birmingham, England ini dikhabarkan sedang sibuk mengacarakan program SIS (Semangat Intelek Swadaya) di saluran TV9.

Untuk tugasannya itu dia bakal ke Jepun pada bulan Februari serta Switzerland bulan berikutnya.

Mengubat kerinduan peminatnya, sebuah telefilem berjudul Kerana Dia bakal disiarkan pada 1 Februari ini di saluran TV Al-Hijrah serta cerekarama Musang Tak Berjanggut menyusul selepas itu menghiasi slot Cerekarama TV3. – MyNewsHub

Tiada ulasan:

Catat Ulasan