Jehan Miskin - Google Blog Search |
<b>Jehan Miskin</b> Sangkal Merajuk, Tolak Tawaran Berlakon - Halaman <b>...</b> Posted: 11 Mar 2013 11:14 PM PDT PETALING JAYA: Pelakon Jehan Miskin menyangkal dakwaan kononnya dia merajuk dengan dunia lakonan sehingga membuatkan dia menolak beberapa tawaran yang diberikan kepadanya. Jehan sebaliknya berkata, keputusan menolak tawaran lakonan adalah disebabkan dia mahu memberi tumpuan kepada kerjaya barunya iaitu seorang penerbit dan pengarah. "Benar sudah tiga bulan saya tidak menerima sebarang tawaran berlakon daripada mana-mana produksi kerana terlalu sibuk dengan pelbagai tugas sebagai pengarah dan penerbit. "Merajuk itu tidak benar sama sekali kerana tiada sebab untuk saya berbuat demikian," jelasnya kepada mStar Online. Jehan memberitahu dia bakal mengarahkan drama rantaian untuk 8TV berjudul What If sebanyak 13 episod selain sibuk dengan kerja-kerja pengarahan iklan komersial untuk syarikat korporat. "Ramai tidak menyedari saya sudah tiga tahun bergiat aktif dalam penghasilan iklan komersial dan dokumentari untuk siaran televisyen," katanya. Dalam pada itu, Jehan berkata, dia akan kembali berlakon apabila tiba masa yang sesuai kerana buat masa ini ingin memberikan tumpuan sepenuhnya dalam bidang pengarahan. Katanya, dia perlu melakukan sesuatu bagi meluaskan kerjaya seninya dan tidak boleh terus berada pada tahap lama demi masa depan. "Saya perlu membawa karier saya ke tahap yang lebih baik dan tidak hanya tertumpu kepada sesuatu perkara sahaja dan untuk mengejar cita-cita itu saya perlu melupakan dunia lakonan seketika. "Tetapi itu tidak bermakna saya sudah tidak mahu berlakon kerana lakonan masih menjadi minat utama saya," ujarnya. Sementara itu, Jehan mengakui peminatnya ada mengajukan pertanyaan menerusi Twitter dan Facebook tentang ketiadaannya di televisyen sejak kebelakangan ini. "Saya terharu dengan kebimbangan mereka terhadap saya dan pada masa sama saya rasa dihargai kerana peminat sentiasa bertanyakan tentang perkembangan terbaru dan mengingati saya," jelasnya. |
Review Filem : 'Awan Dania The Movie' Ubat Rindu Peminat <b>...</b> Posted: 10 Mar 2013 09:40 PM PDT Masih ingat drama bersiri Awan Dania yang pernah ditayangkan di Astro Ria selama 3 musim? Anda mesti masih belum lupa melihat gelagat dan perangai Dania yang sering mencuit hati dan membuatkan anda tergelak. Namun, selepas tamat drama bersiri tersebut, pengarah terkenal iaitu Rashid Sibir telah menggalas tugas berat dengan mengarahkan pula sebuah filem berdasarkan drama Awan Dania, iaitu 'Awan Dania The Movie'. Dibintangi oleh Scha Al-Yahya (Dania), Elly Mazlein (Tania), Rusdi Ramli (Kapten Remy) dan juga Jehan Miskin (Benjy), produk terbaru Rashid Sibir ini telah mengimbau semula gelagat-gelagat Dania yang gelojoh dan suka melakukan perkara-perkara 'gila'. Kalau diikutkan logik, mana ada pramugari yang berperangai sebegini kan? Filem 'Awan Dania The Movie' ini mengisahkan tentang Dania dan Tania yang satu ketika dahulu adalah kawan rapat. Namun disebabkan cemburu terhadap kejayaan dan juga kerana seorang lelaki iaitu Remy, hubungan Dania dan Tania secara tidak sedar semakin renggang. Mereka berdua masing-masing bersaing untuk mendapatkan anugerah pramugari terbaik. Namun, apa yang lebih menarik perhatian ialah watak Dania itu sendiri. Dalam tidak sedar, Dania sebenarnya sudah jatuh cinta pada Remy. Dania hanya menyedari perkara itu apabila wujud perasaan cemburu terhadap Tania yang berjaya mencuri hati Remy. Dalam mengejar cintanya dan ingin membuktikan bahawa Tania sebenarnya hanya mengambil kesempatan terhadap Remy, Dania telah membuat keputusan untuk mencari bukti dan menjelaskan semuanya pada Remy. Namun, selepas semuanya tidak berhasil, Dania telah menghubungi Benjy untuk menyamar sebagai kekasihnya. Bagi yang tidak tahu atau mungkin sudah lupa, Benjy sebenarnya adalah seorang lelaki yang pernah meminati dan tergila-gilakan Dania pada suatu ketika dahulu. Niat utama Dania melakukan perkara ini adalah kerana dia mahu Remy berasa cemburu padanya. Kerana kasih Benjy kepada Dania walaupun selepas ditolak berkali-kali, Benjy tetap bersetuju untuk menyamar menjadi kekasih Dania. Konflik ini kemudian berterusan apabila Benjy yang hanya mahu menegur Remy telah bertukar menjadi insiden yang ganas. Remy telah menumbuk Benjy dimuka dan ini menyebabkan Benjy membalas kembali kekasaran itu. Dalam situasi ini, dapat dilihat Benjy benar-benar menyayangi Dania. Walau bagaimana pun, Tania yang mendapat tahu mengenai perkara yang berlaku telah mendedahkan kepada Remy bahawa Benjy hanyalah sebahagian dari rancangan Dania untuk membuatkan dirinya cemburu. Klimaks cerita ini apabila Dee dan juga rakannya telah menipu Dania dan Tania mengatakan Remy bakal berkahwin. Jadi, masing-masing menggelabah dan bergegas membuat persiapan masing-masing. Rupanya, itu semua adalah satu penipuan dan majlis perkahwinan itu sebenarnya adalah majlis perkahwinan adik Remy. Jadi, apakah yang akan berlaku di penghujung cerita ini? Adakah Dania atau pun Tania yang akan dipilih Remy? Bagaimana pula dengan Benjy yang telah menyamar sebagai kekasih Dania? Secara peribadi, saya melihat filem 'Awan Dania The Movie' sebagai sebuah lagi filem ringan yang mencuit hati. Tak putus-putus kami tergelak sewaktu menonton filem ini. Gelagat Dania dan juga perkelahiannya bersama Tania tak ubah seperti budak kecil yang berebut mainan. Dania kelihatan lebih gedik dari wataknya sebelum ini didalam drama bersiri Awan Dania. Bagi anda yang merindui drama Awan Dania dan sukakan filem penuh komedi dan humor, filem 'Awan Dania The Movie' ini adalah satu filem yang wajib ditonton. Filem ini bakal ditayangkan di pawagam pada 14 Mac ini. Jangan lupa saksikan ya! |
You are subscribed to email updates from Jehan Miskin - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan