Nuffnang

Selasa, 5 Mac 2013

Didie Alias - Google Blog Search

Didie Alias - Google Blog Search


BERITA ARTIS - <b>Didie Alias</b> Teruja Bawa Rakan Artis & Peminat <b>...</b>

Posted: 18 Oct 2012 09:17 AM PDT

Pelakon, pengacara serta pelawak popular, Didie Alias mengakui teruja apabila dapat membawa 12 rakan artis ke beberapa destinasi percutian menarik di seluruh dunia bermula Disember ini. Bukan itu saja, program kolaborasi Didie's Entertainment & Management dengan syarikat pelancongan Arlief Event & Management ini juga turut menawarkan pakej istimewa kepada peminat seni tanah air apabila mereka juga berpeluang untuk sama-sama meluangkan masa melancong bersama artis kesayangan mereka.

"Saya rasa bersyukur kerana diberi kepercayaan oleh Arlief Event & Management untuk menjadi artis jemputan bagi program 'Jom Melancong Bersama Didie Alias & D'Geng'. Jutaan terima kasih diucapkan kepada Arlief kerana dalam ramai-ramai artis yang ada, mereka telah memberi peluang ini kepada saya.

"Saya ingin mencerminkan sebuah konsep melancong yang berbeza di mana peminat atau sesiapa saja yang menyertainya akan merasai pengalaman tersendiri dengan kenangan melancong yang paling menyeronokkan," ujar Didie ketika ditemui pada sidang media dan majlis pelancaran program tersebut di Menara KL, petang Khamis.

Sebelum ini, Arlief Event & Management pernah menganjurkan program percutian bersama penyanyi terkenal, Awie ke Beijing dan Mongolia. Atas kejayaan program tersebut juga, syarikat pelancongan yang sudah beroperasi selama dua tahun ini sekali lagi terpanggil untuk melibatkan artis bagi setiap program percutian kelolaan mereka.

"Selepas membawa Awie bersama peminatnya bercuti ke Beijing dan Mongolia, kami tertarik untuk melibatkan selebriti tanah air dalam program kami sekali lagi kerana kami percaya dengan kehadiran mereka, peminat lebih teruja untuk pergi bercuti. Bila program sebegini diadakan, percutian mereka akan lebih seronok kerana selain melawat tempat-tempat menarik, mereka juga turut berpeluang mengenali dengan lebih rapat artis kesayangan mereka," ujar Pengarah Arlief Event & Management, Mohd Alif Haziq Azman sambil memberitahu Didie merupakan calon yang sesuai untuk program percutian syarikat mereka.

"Pemilihan Didie dibuat atas dasar karakter, personaliti serta profil seninya yang begitu baik di mana kami yakin Didie mampu memeriahkan lagi percutian pelanggan kami. Malah, karakter lucu serta lincahnya juga sesuai dengan kelainan program yang akan kami bawa kali ini di mana selain melancong, kami juga akan turut menjalankan aktiviti menarik di mana pelbagai hadiah termasuk wang tunai akan ditawarkan kepada peminat yang mengikuti pakej percutian kami."

'Jom Melancong Bersama Didie Alias & D'Geng' akan membawa peminat meneroka pelbagai destinasi menarik di dalam serta luar negara antaranya Pulau Redang, Pulau Tioman, Pulau Sipadan, Pulau Pangkor, Korea, Phuket, Krabi, China, Egypt, Morocco, Spain dan Hong Kong. Antara artis yang bakal terlibat dalam program percutian ini ialah Erra Fazira, Scha Al-Yahya, Awal Ashaari, Hafiz Suip, Elfira Loy, Johan As'ari, Sharifah Shahora dan ramai lagi.

Program 'Jom Melancong Bersama Didie Alias & D'Geng' ini akan bermula pada Disember ini di mana peminat akan dibawa menaiki kapal peranginan ke Phuket dan Krabi, diikuti ke Beijing, China (25-30 Januari 2013) dan seterusnya Cairo Egypt (21 -26 Februari 2012). Maklumat lanjut mengenai pakej percutian bersama Didie Alias & D'Geng ini boleh didapati menerusi laman web www.arlief.com atau emel ke info@arlief.com. Anda juga boleh terus menghubungi talian 03-6142 8072 untuk sebarang pertanyaan lanjut.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan