Nuffnang

Selasa, 5 Mac 2013

Faizal Tahir - Google Blog Search

Faizal Tahir - Google Blog Search


<b>Faizal Tahir</b> Buat Boot Camp Untuk Peminat - Gua.com.my

Posted: 20 Feb 2013 08:00 AM PST

Sempena pelancaran album terbarunya pada April nanti, Faizal Tahir tampil dengan strategi pemasaran menarik apabila bakal mengadakan sebuah boot camp bersama 30 peminat terpilih pada 26 Februari ini. Boot camp yang akan diadakan di Sri Pentas, TV3 itu bertujuan untuk mendapatkan maklum balas peminat  tentang album terbarunya itu.

"Untuk album terbaru ini saya ingin lakukan sesuatu yang berbeza. Idea bootcamp ini datang daripada saya sendiri.  Saya mahu lakukan boot camp ini kerana saya mahu mendengar pendapat setiap peserta berkenaaan hala tuju album terbaru saya itu nanti. Selain itu, saya juga mahukan idea-idea baru daripada golongan muda untuk memasarkan album ini. Saya percaya golongan ini mempunyai idea-idea  yang mungkin di luar kotak pemikiran kita," ujar Faizal Tahir mengulas tentang projek terbarunya itu.

Tambah Faizal lagi, boot camp itu bukan hanya terbuka kepada peminatnya, tetapi  juga kepada sesiapa sahaja yang berminat. Bagaimanapun, mereka yang berminat mestilah berumur di antara 19 tahun ke 26 tahun.

          

"Sebelum mereka menghantarkan penyertaan, ingin saya ingatkan bahawa boot camp ini bukanlah sekadar suka-suka. Tetapi saya mahu mereka datang dengan persediaan. Ada kertas kerja yang perlu mereka buat nanti, sebab itulah objektif boot camp ini. Ia bukan sesi pertemuan artis dengan peminat yang biasa," tambah pelantun lagu 'Mahakarya Cinta' ini lagi.

Biarpun perlu memerah otak memikirkan idea-idea baru, boot camp ini tidak seharusnya dipandang sebelah mata kerana ada elemen eksklusif yang dijanjikan oleh penyanyi ini. Tidakkah anda mahu mendengar setiap lagu yang dimuatkan dalam album terbaru Faizal? Kalau mahu, inilah peluangnya. Faizal akan memperdengarkan 10 buah lagu terbarunya pada hari tersebut untuk diberi penilaian.

"Pada hari tersebut, setiap peserta boleh menemu bual saya pada bila-bila masa. Selain itu, saya juga akan memperdengarkan 10 buah lagu yang dimuatkan dalam album terbaru. Saya rasa ini nilai eksklusif yang ada untuk boot camp ini. Mereka yang datang adalah di golongan pertama yang dapat mendengar lagu-lagu terbaru itu," ujar Faizal teruja.

Menyentuh sedikit tentang album terbarunya itu , Faizal menjelaskan album ketiganya itu amat berbeza dengan album-album terdahulu.
 
"Album ini tidak menampilkan muzik rock tipikal. Sebaliknya, saya menampilkan muzik rock elektronik.  Saya banyak bereksperimen untuk album ini contohnya lagu 'Anti Graviti'. Ada orang ingat ada bunyi ayam berkokok, tetapi sebenarnya bunyi itu adalah suara seorang penyanyi wanita India.
 
Mungkin ada peminat saya nanti tidak suka atau tidak boleh terima album terbaru ini. Tetapi saya sudah bersedia dengan sebarang kemungkinan. Saya tidak kisah pasal kehilangan peminat kerana saya percaya akan ada peminat baru untuk saya. Saya tidak mahu orang kenal saya sebagai penyanyi yang tidak ada kelainan. Lagipun untuk terus maju, kita perlu berani melakukan perubahan," ujar Faizal mengakhiri perbualan.

Mereka yang berminat untuk menyertai boot camp ini boleh menghantar butiran anda ke gua.editorial@gmail.com. Sila sertakan nama penuh, nombor telefon, jurusan pembelajaran dan juga nama Universiti atau kolej tempat anda belajar.

Untuk makluman, tiada yuran penyertaan dikenakan untuk boot camp bersama Faizal Tahir ini. Bagaimanapun, GUA ingin mengingatkan, setiap peserta terpilih harus membawa komputer riba sendiri. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan