Nuffnang

Selasa, 19 Mac 2013

Farid Kamil - Google Blog Search

Farid Kamil - Google Blog Search


<b>Farid Kamil</b> Akhirnya Bersuara Mengenai Kontroversi Uniform PDRM |

Posted: 10 Jan 2013 10:29 PM PST


Sebelum ini Farid Kamil tidak pernah mengeluarkan apa-apa kenyataan berhubung kontroversi uniform PDRM yang dipakai olehnya ketika majlis resepsi perkahwinan. Hari ini, menerusi Harian Metro, Farid Kamil tampil menjelaskan isu tersebut.

farid kamil

Menurut Farid Kamil, kontroversi ini berpunca daripada tindakan seorang penulis blog yang memutar belit fakta dengan tujuan memalukannya. Farid Kamil berkata:-

Konsep pakaian yang saya tampilkan pada malam itu ada adalah suatu yang istimewa mengikut kehendak saya. Pakaian seragam itu direka sendiri, jadi tidak perlu meminta surat kebenaran sesiapa. Buat masa sekarang, pihak pengurusan saya iaitu Metrowealth International Group (MIG) sedang meneliti apa yang ditulis menerusi blog dan media. Jika perlu, tindakan undang-undang akan diambil terhadap mereka. PDRM sebenarnya sudah memberi lampu hijau untuk saya memakai pakaian seragam pada malam itu. PDRM mahupun ATM tidak mengambil apa-apa tindakan cuma saya menunggu keputusan MIG untuk membersihkan nama saya.

farid kamil

Kesian pulak Abang Nara kat Farid Kamil ini. Bermacam-macam ujian yang ditempuhnya. Semoga Farid Kamil tabah menghadapinya. Semoga masalah ini dapat diselesaikan secepat mungkin sekaligus Farid Kamil dapat menempuh kehidupan alam rumahtangga dengan lebih tenang.

P.S: Lagu rasmi untuk Darul Takzim FC

Baca Yang Ini Pulak:-


<b>Farid Kamil</b> Sudah Kenal Pasti Pembawa Fitnah | ROTIKAYA

Posted: 18 Feb 2013 04:26 PM PST

Semua orang sedar rasanya sepanjang perjalanan kisah pertunangan Farid Kamil & Diana Danielle sehinggalah ke hari perkahwinan mereka, setiap satu pasti ada kisah negatif.

Bercakap kepada Kosmo! hari ini, Farid Kamil mengakui yang beliau sudah mengenalpasti individu yang bertanggungjawab membawa kisah kisah negatif juga fitnah tentang diri beliau & Diana Danielle.

"Saya sudah lama tahu orang yang bertanggungjawab memburukkan nama saya selama ini dan sangat kenal dengannya. Cuma saya tidak mahu ambil kisah langsung dengan segala perbuatannya itu"

"Bagi saya orang tersebut sebenarnya sangat tertekan dengan kehidupan yang dilaluinya dan saya cuma mendoakan yang terbaik buat dirinya"

Farid Kamil menambah yang individu tersebut telah mula membawa mulut sejak sebelum berkahwin lagi namun belum berniat untuk mengambil sebarang tindakan atau bersemuka dengan individu tersebut.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan