Nuffnang

Selasa, 19 Mac 2013

Intan Ladyana - Google Blog Search

Intan Ladyana - Google Blog Search


Bermasam Muka dgn <b>Intan Ladyana</b>, Yana Samsudin &#39;No Comment <b>...</b>

Posted: 29 Jan 2013 10:37 AM PST

Sudah mencapai tahap klise jawapan yang diberikan Yana Samsudin tahkala diberikan soalan berulang kali tentang hubungan cintanya dengan adik Farid Kamil iaitu Fadzil Zahari. Isu lesu ini hampir boleh dibaca dikebanyakkan penulisan berkiblatkan saluran 'Arus Perdana'.


Jozan

Lantaran itu ianya bukanlah menjadi agenda wajib kami untuk memainkan isu yang sama. Bagaimanapun berkesempatan bertemu dengan Yana Samsudin baru baru ini memberi kami peluang untuk bertanyakan tentang hubunganya dengan Intan Ladyana yang kini dikatakan sudah semakin dingin dan dikatakan tidak bertegur sapa lagi apabila bertemu.

Tambah parah lagi ada juga cakap-cakap mengatakan yang kedua-dua pelakon wanita ini akan menolak jika ada tawaran untuk mengandingkan mereka berdua. Benarkah?

"No Comment, saya tak nak komen apa-apa sebab saya pun tak tahu nak cakap macam mana. Takut nanti apa juga kenyataan yang saya keluarkan berkaitan isu ini akan timbulkan satu lagi salah faham kepada orang ramai. Jadi lebih baik saya tak bagi kenyataan apa-apa"

"Lagipun saya dah lama tak berjumpa dengan dia dan hubungan kami pun macam biasa je, tak tahu cerita sebegini datang daripada mana. Saya pun tak tahu ada yang cakap belakang macam ini dan kalau boleh saya tak nak ambil tahu pun apa yang diperkatakan oleh mereka tentang isu saya bermasam muka dengan Intan. Siapa yang bawa cerita macam ini?" Ujar Yana Samsudin

Terpapar sedikit wajah terkejut yang ditunjukkan Yana sebaik persoalan ini ditanya kepadanya. Sikap berhati – hati di dalam memberi kenyataan berkaitan isu ini juga dapat dilihat dengan jelas sewaktu Yana kami temui di Majlis Tayangan Perdana bagi filem terbaru lakonanya iaitu Wawa Semput yang akan menemui penonton pada 31 Jan 2013.

Mungkin Anda Perlu Baca Ini Juga !!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan