Nuffnang

Isnin, 25 Mac 2013

Fizz Fairuz - Google Blog Search

Fizz Fairuz - Google Blog Search


Jangan Salahkan <b>Fizz Fairuz</b> – Suami Azlyn Massiela |

Posted: 20 Feb 2013 05:21 PM PST


Hari ini melalui Harian Metro, seorang lelaki yang hanya mahu dikenali sebagai Ramli (bukan nama sebenar), menyatakan yang Fizz Fairuz tidak bersalah berkisar pertunangan secara senyapnya dengan seorang wanita dari Kuantan bernama Azlyn Massiela.

Fizz mengetahui tentang perkahwinan tersebut dari kawan kepada adik Azlyn Massiela empat hari selepas pertunangan, lantas memutuskan pertunangannya Ahad lalu.

Jangan salahkan Fizz dalam hal ini kerana dia mangsa penganiayaan dan penipuan. Saya cukup mengenali wanita itu kerana dia isteri yang 'sakit' selepas lapan bulan hilang ingatan.

Ramli yang berusia 40-an mendakwa, Azlyn bertindak demikian kerana kesunyian akibat kurang perhatian dari dirinya yang sering sibuk dengan perniagaan dan jarang meluangkan masa dengan Azlyn kerana tidak mahu perkahwinan mereka diketahui isteri pertamanya. Dia hanya berjumpa Azlyn beberapa kali dalam sebulan.

Wanita itu isteri kedua dan diakui ia kesilapan saya bernikah dengannya tanpa memaklumkan kepada isteri pertama serta keluarganya (keluarga isteri kedua).

Namun tidak disangka, perkahwinan di Thailand memberi kesan negatif kepada Fizz, sekali gus memburukkan namanya.

Ramli menambah, perkahwinan mereka tidak didaftarkan di mana-mana pejabat agama dalam negara, tetapi Azlyn masih isterinya yang sah. Ramli turut menyatakan yang dia menyediakan nafkah, tempat tinggal dan kenderaan untuk Azlyn, malah wanita itu turut menggunakan telefon bimbit miliknya untuk membuat temu janji dengan Fizz.

Ramli tidak menyalahkan Fizz langsung tentang apa yang terjadi, dan dia meminta masyarakat agar tidak terus menyalahkan Fizz.

Begitu pula ceritanya dari pihak usahawan yang mendakwa suami Azlyn. Nah, sekarang terserah pada anda untuk membuat penilaian.

Baca Yang Ini Pulak:-


(TAHNIAH)<b>Fizz Fairuz</b> Selamat Bertunang Hari Ini |

Posted: 10 Feb 2013 12:55 AM PST


Kalau semalam kita dah tahu tentang pertunangan Pierre Andre, hari ini juga berlangsung pertunangan pelakon televisyen lelaki paling popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011, Fizz Fairuz.

Tunang Fizz bernama Azlyn Massiela Mohd Nazar atau lebih dikenali sebagai Lynn. Majlis berlangsung di rumah keluarga perempuan di Kuantan, Pahang.


Semoga segala urusan dipermudahkan dan diberkati Allah SWT sehingga ke jinjang pelamin.

Baca Yang Ini Pulak:-


<b>Fizz Fairuz</b> Larikan Diri Dari Pihak Media? Tidak Percaya <b>...</b>

Posted: 13 Feb 2013 10:02 PM PST


Ramai yang terkejut dengan berita pertunangan Fizz Fairuz dengan seorang wanita bernama Azlyn Massiela Mohd Nazar, dan nyata ia mengejutkan Almy Nadia yang hanya mengetahui tentang perkara tersebut melalui Internet.

Hari ini melalui mStar Online, pendakwah selebriti, Wan Akashah Wan Abdul Hamid yang juga suami penceramah Datuk Siti Nor Bahyah Mahamood, meminta Fizz menguar-uarkan pertunangannya.

Bukan sahaja perkahwinan perlu diuar-uarkan, tetapi juga majlis pertunangan. Ini kerana apabila seseorang itu sudah bertunang, haram untuk orang lain meminang wanita yang sudah dipinang. Sebab itu ia perlu diumumkan kepada semua.

Mungkin anda pernah dengar tentang hadith yang menyatakan Rasulullah menyatakan 'rahsiakan pertunangan', namun ahli agama Islam sepakat yang hadith tersebut dhaif, oleh sebab itu perkara itu perlu dilakukan mengikut kebiasaan masyarakat.

Akashah juga turut memberikan pendapat tentang perbuatan Fizz yang menyarung sendiri cincin ke jari tunangnya.

Memang niat dah betul, tetapi jalan untuk menuju ke matlamat (berkahwin) itu mestilah selari. Perlu diingat, matlamat tidak menghalalkan cara.

Dalam pada itu, ramai wakil media yang telah cuba menghubungi Fizz untuk mendapatkan penjelasan beliau sendiri tentang pertunangannya, namun panggilan dibiarkan tidak berjawab walaupun diterima oleh telefonnya. Dia juga dikatakan tidak membalas SMS dari wakil-wakil media.

Ramai peminat menganggap perbuatan Fizz tidak jujur, terutamanya kepada Almy Nadia, sedangkan pada November lepas Fizz mengakui hubungan mereka tetap baik sahaja.

Fizz juga dinyatakan tidak percaya bagaimana berita pertunangannya boleh 'bocor'.

Itu yang membuatkan kami tidak percaya: bagaimana dia tidak percaya berita pertunangannya boleh 'bocor', kerana hampir tidak ada apa-apa yang dapat disembunyikan dalam dunia digital, di mana semua orang ada akses untuk merakam dan menyebarkan setiap detik dalam hidup mereka melalui media sosial, apatah lagi majlis pertunangan seorang selebriti.

Mungkin seseorang perlu beritahu Fizz, ini bukan lagi dekad 90-an.

***
Temui M. Nasir, Fendi Kenali, Azlan Typewriter dan ramai lagi dalam program Dikir Ekstravaganza, 23 Februari 2012 (Sabtu) dari 10.00 pagi hingga 1.00 petang di majlis Perasmian Kompleks JKKN Kelantan. Pelbagai lagi aktiviti menarik menanti anda!

Baca Yang Ini Pulak:-


Tiada ulasan:

Catat Ulasan