Jehan Miskin - Google Blog Search |
<b>Jehan Miskin</b> Bertunang, Kahwin Tahun Ini? | MyNewsHub Posted: 24 Feb 2013 10:46 PM PST KUALA LUMPUR – "Ya, tahun ni ada berita baik. Insyallah ada berita baik! Tapi saya tak boleh cakap lebih sekarang. Kita hanya merancang, Tuhan yang menentukan," kata pelakon, Jehan Miskin apabila ditanya adakah dia akan menamatkan zaman solo pada tahun ini. Memetik laporan Malaysiandigest, hari ini, Jehan, 34, dengan spontan memberi reaksi sebegitu malah dia meminta peminatnya mendoakan yang baik-baik untuk dirinya. Mengenai perkembangan terkini, Jehan memberitahu dia sibuk dengan projek-projek komersial dan video koporat terbitan syarikat produksi miliknya, Mastermind Group. Namun, itu tidak bererti yang dia sudah tidak aktif dalam bidang lakonan, cuma buat masa ini dia harus menumpukan perhatian lebih kepada pengarahan drama dan penerbitan program. "Saya masih ada tawaran berlakon, tapi banyak yang saya terpaksa tolak. Kalau nak berlakon pun saya kena tengok juga pada masa saya. "Kalau memerlukan saya beberapa hari di lokasi tak mengapa tapi jika sampai tiga bulan penggambaran, itu saya terpaksa tolak," jelasnya. Oleh: NURUL NAFISAH MAZLAN Iklan Teks:PERINGATAN: Mynewshub tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri |
You are subscribed to email updates from Jehan Miskin - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan