Nuffnang

Isnin, 11 Mac 2013

Misha Omar - Google Blog Search

Misha Omar - Google Blog Search


Gambar Bakal Suami <b>Misha Omar</b>, Laa, Super Senior Aku <b>...</b>

Posted: 01 Mar 2012 05:52 AM PST

Penyanyi terkenal negara, Misha Omar telah pun membuat pengumuman bahawa dia akan menamatkan zaman bujang tidak lama lagi. Majlis pertunangan akan diadakan dalam masa terdekat manakala majlis perkahwinan akan berlangsung sekitar hujung tahun ini. Pengumuman itu secara tak langsung telah dapat meutup gosip liar yang mengatakan Misha Omar berkahwin senyap senyap dan menjadi isteri ketiga seorang usahawan.
Menurut Kosmo, lelaki yang dapat mencuri hati Misha Omar adalah Firos Ezzwan Rossly, 30. Beliau merupakan juruterbang syarikat Penerbangan Malaysia Bhd. (MAS). Ironinya, Firos adalah bekas kekasih Misha sendiri. Mereka dulu pernah bercinta-putus-bercinta-putus dan sekarang ternyata Firos adalah jodoh sebenar Misha. Kisah cinta mereka menarik perhatian kami. 
Cinta mereka pernah kandas-sambung-kandas dan akhirnya dicantum semula sebelum sebulat suara tidak perlu terlalu ego untuk cuba menidakkan jodoh antara mereka.
Jejaka itu, Firos Ezzwan Rossly, 30, seusia dengan si manis Misha. Dibesarkan di Subang Jaya, Selangor, Firos merupakan juruterbang syarikat Penerbangan Malaysia Bhd. (MAS).
Bukan lelaki berkerjaya hebat atau kerabat diraja yang dikejar Misha, sebaliknya jejaka tersebut dipilih kerana dia mempunyai aura tersendiri.
"Dia tawarkan saya sesuatu yang tidak pernah saya fikir. Dia tawarkan saya untuk menjadi pelengkap kepada anak angkat saya, Adam Emir yang akan mencecah usia 7 tahun pada tahun hadapan.
"Dia mahu memimpin Adam ke sekolah sama seperti kebanyakan kanak-kanak lain yang mempunyai ibu dan bapa. Tawaran itu terlalu mahal untuk saya lepaskan," ujar Misha.
Bukan sekadar tawaran itu sahaja. Misha mengaku, sejak mengenali Firos lima tahun lalu, dia adalah sahabat, kekasih, bekas kekasih dan kini bakal menjadi tunangan yang terbaik pernah hadir dalam hidupnya.
"Saya ada banyak sisi hitam dalam hidup. Dia sentiasa ada di sisi saya, walaupun satu ketika dahulu (tahun lalu) sewaktu kami berpisah, dia terpaksa mendengar luahan hati dan cerita cinta saya yang memang pada waktu itu hampir berkahwin dengan seseorang. Dia gigih bertahan!" tambahnya lagi sambil ketawa mengekeh.
Tersenyum mendengar luahan Misha, Firos kemudian menjadi sasaran pertanyaan.
Mengapa dia begitu setia menunggu Misha yang tidak kering gosip dengan lelaki, sementelah dia juga artis popular yang boleh memilih sesuka hati lelaki mana untuk dijadikan suami.
Mengapa Firos terlalu yakin bahawa Misha ialah destinasi cintanya yang sejati. Juga, bagaimana Firos boleh terlalu cool menjadi pendengar setia cerita cinta bekas kekasih sendiri yang mahu berkahwin dengan orang lain.
"Siapa kata saya setuju dia nak kahwin orang lain?" soal Firos sambil ketawa.
Dia kemudian menyambung: "Memang masa dia telefon cakap nak kahwin dengan seseorang, saya ucap tahniah, tapi dalam hati hanya Tuhan yang tahu. Saya jerit dalam hati – please no, please don't! Tapi ia tak terkeluar dan syukur memang dia tak jadi kahwin dengan orang lain tetapi Insya-Allah akan menjadi isteri saya."
Tambah Firos lagi, sejak pertama kali berkenalan dengan Misha, dia yakin bahawa Misha ialah jodohnya dunia akhirat. Kerana itu dia tidak mahu berganjak daripada menjadi pemuja setia wanita itu dan ternyata impian untuk menikahi Misha hampir terlaksana.
Mengaku saat mereka berpisah dia juga sempat menjalin cinta dengan wanita lain, namun semuanya tidak berjaya dan tidak seperti percintaannya yang sederhana tetapi kaya dengan kasih sayang bersama penyanyi yang juga aktif sebagai pelakon itu.
Menjawab persoalan tentang kesukaran bercinta dengan seorang artis, Firos memberitahu tidak berhadapan dengan kesukaran.
"Mungkin sebab saya bercinta dengan Samihah Omar (nama sebenar Misha), bukan Misha. The artist I adore, the women I love (artis yang saya puja, tetapi wanita yang saya cinta). Saya tak perlu menjadi orang lain, begitu juga dia," kata Firos
Semoga hubungan terus berkekalan hingga ke hujung nyawa.


Eh, dua orang blogger perempuan yang aku kenal bercinta dengan Juruterbang, sorang Juruterbang MAS dan sorang lagi MASwings..


N and H..hehehe :)


semoga hubungan korang juga berkekalan ke hujung nyawa  okey

Tiada ulasan:

Catat Ulasan