Nuffnang

Isnin, 4 Mac 2013

Pierre Andre - Google Blog Search

Pierre Andre - Google Blog Search


BERITA ARTIS - <b>Pierre Andre</b> Kahwin Bulan 6 - Gua.com.my

Posted: 04 Mar 2013 05:29 AM PST

Pengarah dan pelakon berbakat Pierre Andre memberitahu GUA dia bakal menamatkan zaman bujangnya Jun ini jika tiada aral melintang. Menurut Pierre, dia tidak mahu melambatkan pernikahannya dengan gadis berusia 25 tahun itu kerana ingin mengelakkan fitnah.

"Kalau boleh saya nak nikah dengan dia secepat mungkin. Bukan apa, bila saya dah berhijrah ini saya rasa saya perlu nikah dengan dia supaya orang tak bercakap tentang kami. Bila hubungan kami tak ada ikatan, orang mudah menilai kami," ujar Pierre.

Gadis yang bernama Siti Nurhidayah Hashim itu sudah pun dikenalinya sejak setahun yang lalu. Bertunang sekitar awal Februari tahun ini, Pierre turut memberi penjelasan berkenaan dakwaan kononnya dia merahsiakan pertunangannya itu dari pengetahuan pihak media.

                    

"Saya tak ada niat pun nak sorok benda ini dari media. Cuma memang asalnya kami nak buat antara keluarga sahaja. Tapi sekarang tahulah dengan teknologi, orang boleh memuat naik gambar dengan begitu pantas," jelas Pierre yang menerima jodohnya itu sebagai ketentuan Illahi.

"Lagipun dalam perkahwinan itu nikah yang penting. Saya akan jemput dan uar-uarkan tarikh pernikahan saya nanti kepada pihak media. Saya faham yang selebriti seperti saya memerlukan pihak media khususnya dalam memberitahu peminat dan orang di luar sana bahawa saya sudah berkahwin," tambah pengarah filem "Chantek" ini.

Menurut Pierre, beliau sudahpun memulakan urusan persiapan perkahwinannya itu. Namun begitu, Pierre memberitahu yang beliau hanya akan menjalankan upacara akad nikah Jun ini manakala resepsi akan diadakan selepas Hari Raya Aidilfitri nanti. Pierre ditemui di Majlis Pratonton filem terbaru arahannya, "Cerita Kita" bertempat di TGV Sunway Pyramid sebentar tadi.

Artikel berkaitan:
Pierre Andre Dah Bertunang!

BERITA ARTIS - 12 GUA : <b>Pierre Andre</b> Takut Lipas - Gua.com.my

Posted: 04 Mar 2013 04:02 PM PST

Pelakon serta pengarah muda, Pierre Andre mengakui tidak menggemari subjek Matematik sewaktu zaman persekolahannya. Pierre yang ditemui pada majlis tayangan media filem terbaru arahannya, 'Cerita Kita' di TGV Sunway Pyramid, malam Isnin berkata demikian ketika berkongsi mengenai 12 perkara menarik tentang dirinya. Ingin mengetahui lebih lanjut tentang Pierre, jom kita ikuti senarai 12 GUA di bawah.

1) Pierre aktif dalam sukan bola sepak dan pernah dipilih untuk mewakili negeri Selangor untuk Piala Nike bawah 15 tahun.

2) Anak muda ini mula menyedari mengenai minatnya dalam bidang lakonan apabila sering berangan berlakon menjadi polis. Malah, seawal usianya 12 tahun, Pierre sudah mula membikin filem bercorak penyiasatan apabila menghasilkan sebuah filem pendek pertamanya yang berkisarkan mengenai kehilangan seorang kanak-kanak perempuan.

3) Pierre banyak menghabiskan waktunya berkurung di dalam bilik sambil bermain PlayStation 2.

4) Anak kepada pelakon Khatijah Tan ini sangat menggemari makanan pedas dan mengakui boleh makan sambal belacan begitu saja.

5) Suka menonton DVD dan mempunyai koleksi DVD lebih dari 4000 keping.

6) Pelakon filem 'Chantek' ini sukar bangun pagi.

7) Gara-gara mahu bermain permainan video di rumah kawannya, Pierre pernah terkantoi ponteng sekolah dengan ibunya.

8) Seorang yang tidak mahir berenang dan mengakui pernah mengalami insiden hampir lemas ketika mandi laut sewaktu berusia sebelas tahun. Ekoran insiden tersebut, Pierre kini fobia dengan laut.

9) Jika tidak menjadi pelakon dan pengarah, Pierre mungkin menjadi cikgu Sejarah kerana terlalu meminati subjek tersebut.

10) Pelakon yang baru saja melangsungkan majlis pertunangan pada 9 Februari lalu ini memberitahu sangat suka dengan angka 14.

11) Tidak cerewet dengan makanan, namun Pierre mengakui tidak boleh makan nasi impit walaupun sudah beberapa kali mencuba untuk mengunyahnya.

12) Pelakon filem 'Strawberi Cinta' ini seorang penakut dan mengakui amat takut dengan lipas. Kalau ternampak serangga ini, dia boleh menjerit sekuat hati.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan