Nuffnang

Ahad, 14 April 2013

Adi Putra - Google Blog Search

Adi Putra - Google Blog Search


Lebih Baik Demand Daripada Mencuri – <b>Adi Putra</b> |

Posted: 02 Apr 2013 09:44 PM PDT


Semenjak dua menjak ini, ada gosip yang berterbangan menyatakan Adi Putra semakin "demand". Dikatakan yang Adi Putra meletakkan bayaran tinggi  dan mempersoalkan apa manfaat yang akan diperolehi sekiranya untuk menjadi tetamu di dalam sebuah program hiburan.

adi putra

Menerangkan gosip ini, Adi Putra berkata kepada MalaysianDigest:-

Kalau tanyakan pada saya, adakah saya begitu demand? Pada saya, ada pihak yang mengenali saya dan ada yang tidak. Saya bukanlah meminta sesuatu harga yang sebegitu atau sebegini bagi tujuan dipromosikan… Bagi saya, kalau sesorang itu bekerja sebagai buruh sekali pun, individu itu mestilah digajikan kerana mereka bukan khadam. Bagi saya, terpulang kepada perspektif orang

adi putra

Abang Nara suka dengan falsafah Adi Putra mengenai "demand" ini. Menarik jugak sebenarnya.

Bagi saya, kalau kita demand ia adalah lebih baik daripada mencuri. Jadi terpulang pada anda, samada mahu memilih nak demand atau mencuri. Saya tidak risau dan tidak takut dengan apa yang orang nak kata. Kalau kita kawal diri sekalipun dengan membuat kebaikan, pasti nama kita tidak akan menjadi sebutan. Tapi kalau terlihat satu keburukan dari diri kita, pasti kita akan jadi bualan hangat ramai.

Bagi Abang Nara, biasalah kalau tengah popular kenalah "demand" sikit. Sesuai lah dengan status diri. Lagipun Adi Putra bukan orang baru di dalam dunia hiburan. Memang popular kot. Tak salah nak "demand" asalkan tidak berlebihan. Tak ke gitu?

P.S: Ilusi sekeping coklat yang menarik

Baca Yang Ini Pulak:-


<b>Adi Putra</b> Makin Demanding? | OHBULAN!

Posted: 02 Apr 2013 08:00 PM PDT

Adi putra

Baru-baru ini sebuah akhbar tempatan ada mengeluarkan dakwaan kononnya aktor kacak, Adi Putra sudah semakin 'demand' dalam meletakkan harga bagi setiap kerjaya seni sehingga ada pihak telah tersinggug dengan tindakan pelakon ini.

Oleh itu, bagi mendapatkan kepastian, OHBULAN! telah menemubual Adi Putra sendiri berhubung isu tersebut.

Menurut Adi Putra, dia sendiri tidak mahu mengia atau menidakkan dakwaan tersebut, akan tetapi lebih sifat terbuka untuk menerima setiap kritikan yang dilemparkan keatas dirinya.

"Saya bersyukur cerita sebegitu keluar. Saya teringat pesan ibu saya, katanya kalau kita selalu diperkatakan bererti ada orang yang ambil berat tentang diri kita dan kita masih dalam perhatian orang. Jadi,  saya tidak melihat ini sebagai isu negatif, tapi lebih kepada positif.

"Ada yang kenal diri saya dan ada juga yang tidak.

"Jadi, saya tak nak mengia atau menidakkan dakwaan tersebut kerana manusia akan selalu cakap tidak. Tapi perkara itu hanya saya sahaja yang tahu."

Mengulas lebih lenjut mengenai dakwaan tersebut, aktor terkenal ini turut merasa hairan bagaimana cerita sebegini boleh terkeluar, akan tetapi lebih bersikap tenang dan hanya mengikut falsafah diri yang telah dipegang olehnya selama ini.

"Saya pun tahu macam mana cerita ini boleh keluar. Apa yang boleh saya cakap, tepuk dada tanya selera.

"Mungkin sekarang ini saya sedang diperhatikan dan sebab itulah cerita ini baru keluar. Kalau ikut falsafah saya adalah biar bersifat jelas dan benar. Baik bersifat 'demand' daripada mencuri," ujar Adi Putra sewaktu bertemu di majlis malam gala tayangan filem terbarunya, 'Langgar' semalam.

<b>Adi Putra</b> Kurang Pasti Status Rita Rudaini - Gua.com.my

Posted: 20 Mar 2013 03:32 AM PDT

Baru-baru ini timbul dakwaan mengatakan aktres, Rita Rudaini dilarang berlakon di samping Adi Putra oleh suaminya, Aidil Zafuan. Mengulas tentang isu ini, Adi Putra yang ditemui baru-baru ini memberitahu dia langsung tidak tahu menahu mengenai perkara itu serta tidak begitu pasti dengan status perkahwinan Rita Rudaini.

"Saya sama sekali tidak tahu siapa yang dimaksudkan oleh suami Rita itu. Malahan saya juga kurang pasti dengan status rumahtangga Rita dan merasakan hal ini terlalu peribadi untuk diulas dengan lebih lanjut," ujar Adi ringkas.

Bagaimanapun, pelakon kelahiran Singapura itu tidak keberatan memberikan pendapat peribadinya. Ujar Adi, sekiranya seseorang suami tidak menyukai isterinya melakukan sesuatu perkara, maka isterinya harus menghormati keputusan yang dibuat oleh suami. Ini kerana suami berperanan sebagai khalifah dan bertanggungjawab untuk membimbing keluarga.

Berkongsi cerita tentang filem 'Suami Aku Ustaz' yang bakal diterbitkan oleh syarikatnya, NUR ADP, Adi memberitahu, filem itu bakal memulakan penggambaran di Melaka pada pertengahan bulan April hadapan. Namun dia masih merahsiakan identiti pelakon wanita yang memegang peranan utama.

Sebagai teraju utama, Adi juga mengambil keputusan untuk memberi sepenuh perhatian kepada filem yang diadaptasikan dari novel itu. Dia juga menjelaskan bahawa plot filem itu mengikut naskah novel bagi memastikan keaslian jalan ceritanya tidak terjejas.

"Saya sebolehnya ingin fokus kepada filem 'Suami Aku Ustaz' yang akan menjalani penggambaran tidak lama lagi. Saya memperuntukkan masa lebih kurang satu bulan untuk filem itu. Filem tersebut mengisahkan mengenai sesuatu perkara yang sering kita terlepas pandang dalam kehidupan seharian," ujar Adi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan