Nuffnang

Sabtu, 13 April 2013

Dayang Nurfaizah - Google Blog Search

Dayang Nurfaizah - Google Blog Search


<b>Dayang Nurfaizah</b> Tidak Pasti Mahu Mengundi ataupun Tidak <b>...</b>

Posted: 09 Apr 2013 10:36 PM PDT

Bercerita mengenai hal Pilihan Raya Umum 13 (PRU 13) pada kali ini pasti akan penuh dengan warna warni kemeriahanya. Hal ini turut dirasai oleh penyanyi kelahiran Sarawak iaitu Dayang Nurfaizah binti Awang Dowty.


Dayang Nurfaizah

Mesra disapa Dayang, beliau bagaimanapun tidak pasti akan turut membuang undi mahupun tidak pada kali ini kerana faktor jarak perjalanan memandangkan dia merupakan pengundi berdaftar di kawasan Kuching, Sarawak. Dayang yang kami temui di Restoran Senai, KL Live pada mulanya agak keberatan untuk berkongsi pandangannya tentang Pilihanraya kali ini kerana takut jika tersalah jawab maka boleh mengundang kontroversi pula nanti.

"Takutnya nak jawab soalan ni. Tapi itulah sebagai seorang rakyat Malaysia Dayang rasa tak terlepas dari tanggunjawab untuk mengundi pada Pilihan Raya akan datang kerana hal mengundi ni bukan satu perkara yang boleh dipandang sambil lewa. Lagipun ianya bakal menentukan masa depan kita sendiri."

"Kalau nak cakap pada pandangan Dayang memang la macam macam sekarang ni yang kita lihat tentang hal politik negara kita. Tapi apa yang Dayang harapkan agar rakyat Malaysia mengundi dengan bijak demi masa depan negara & juga diri kita sendiri. Dayang juga berharap agar proses Pilihanraya pada kali ini akan berjalan lancar tanpa ada sebarang huru hara" Jelasnya dengan nada berhati hati.


Dayang Nurfaizah

Tambah Dayang juga, jika dia mengundi pada kali ini pasti undi itu bukan berdasarkan individu tetapi atas dasar perjuangan parti politik yang dinaungi calon berkenaan.

"Dayang pun tak pasti lagi siapa calon yang bertanding di kawasan Dayang. Tapi yang pasti individu yang bertanding tu biarlah orang yang betul-betul layak mewakili masyarakat setempat seterusnya dapat menjamin keharmonian dan kemajuan kawasan yang diwakili"

Mungkin Anda Perlu Baca Ini Juga !!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan