Nuffnang

Rabu, 24 April 2013

ramlah ram - Google Blog Search

ramlah ram - Google Blog Search


Penampilan Khas Aeril Zafrel Dalam Video Klip Terbaru <b>Ramlah Ram</b>

Posted: 19 Mar 2013 06:00 PM PDT

Ramlah Ram & Caprice

Pada 18 Mac lalu pihak RRG (Ramlah Ram Group) telah melancarkan video klip terbaru nyanyian Ramlah Ram dan Caprice berjudul "5:00 Minit" dan sehingga kini video tersebut telah mencapai hampir 1,600 penonton.

Untuk makluman, video klip "5:00 Minit" ini merupakan kesinambungan daripada video klip Ramlah Ram bersama SleeQ yang berjudul "Sesaat Kau Datang" pada tahun lalu, yang mana video tersebut pernah mencecah hampir 4.2 juta penonton di laman YouTube.

Menerusi video yang dipaparkan, video klip ini turut dihangatkan lagi dengan penampilan khas pelakon kacak Aeril Zafrel serta Dem Lepak Boyz, dan dalam masa yang sama pihak pengarahnya, Sam Kuman masih lagi mengekalkan heroin asal video klip yang terdahulu iaitu Jasrina Jasni.

Berikut kami tampilkan kedua-dua video klip arahan Sam Kuman berjudul "Sesaat kau Datang" dan "5:00 Minit" untuk tatapan anda semua. Jom layan.

Tags: , ,

Tiada ulasan:

Catat Ulasan