Vanidah Imran - Google Blog Search |
<b>Vanidah Imran</b> Memilih Untuk Jadi Duta Produk | Portal Hiburan <b>...</b> Posted: 09 Dec 2012 04:05 PM PST Jumaat lepas, berlangsungnya satu majlis di Kaunter Kecantikan Ronasutra yang terletak di Plaza Shah Alam. Majlis yang diadakan sempena pelancaran produk kecantikan terbaru Ronasutra iaitu 'Ronasutra 2-In-1 Mineral Foundation And Powder' ini turut dihadiri oleh 2 orang selebriti terkenal yang telah dilantik sebagai duta produk Ronasutra. Salah seorang daripada mereka ialah Vanidah Imran yang sememangnya dikenali sebagai seorang selebriti yang mementingkan penampilan luarannya. Ketika ditemui, paras wajah Vanidah kelihatan amat cantik walaupun umurnya sudah hampir mencecah angka 40. Mengaku sudah menggunakan produk 'Ronasutra 2-In-1 Mineral Foundation And Powder' selama 6 bulan, Vanidah memberitahu sebelum ini dia hanya menggunakan bedak 'compact' biasa. "Produk yang saya gunakan sebelum ini ialah bedak 'compact'. So, bila pakai bedak 'compact', ia memang tutup bahagian muka dengan bagus, tapi pori kulit kita akan tersumbat. "Macam 'mineral powder', ia tidak akan masuk ke dalam pori-pori," komen Vanidah terhadap produk ini. Bagi Vanidah, dia lebih suka memakai produk ini kerana ia menepati citarasanya sebagai orang Malaysia. "Saya pilih produk ini kerana ia ringan, dan sekurang-kurangnya saya tahu bahan-bahannya sebab ini buatan Malaysia dan saya kenal siapa yang merumus formulanya. Jadi saya tahu dia memang mengambil berat untuk wanita Muslimah dan ianya halal," ujar Vanidah lagi. Namun untuk pengetahuan anda, ini merupakan pengalaman pertamanya dilantik sebagai duta untuk sebuah produk kecantikan selepas hampir 20 tahun didalam industri hiburan.
"Jadi, bila nak mempromosi sesuatu barang, biarlah kita jujur dan betul-betul promosi untuk kebaikan bersama," tegas Vanidah Imran mengakhiri perbualan. Turut bersama menjadi duta produk Ronasutra dengan Vanidah Imran ialah Lynda Roslan. |
You are subscribed to email updates from Vanidah Imran - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan