Nuffnang

Ahad, 5 Mei 2013

Bunkface - Google Blog Search

Bunkface - Google Blog Search


<b>Bunkface</b> Kecewa Dan Hairan Album Tak Laku | PANAS GILER <b>...</b>

Posted: 01 May 2013 07:22 AM PDT

Bunkface kecewa album bunk not dead tak laku di malaysia.

Lama sudah djdanchef tak dengar cerita mengenai kumpulan punk rock remaja iaitu Bunkface.

Baru-baru ini Bunkface agak hairan dengan jualan album mereka yang agak kurang memberangsangkan.

"Kami tidak tahulah di mana silapnya kerana jika nak kata tak cukup promosi, ia sama sahaja seperti album pertama kami iaitu Phobia Phoney dan album itu benar-benar mendapat sambutan.

"Jadi kami anggap mungkin kami tersilap catur dengan muzik yang dibawakan di mana ia kurang menyengat di hati pendengar dan peminat.

"Atau kemungkinan lainnya, lagu konsep kami sudah tidak masuk dalam peredaran muzik sekarang. Saya tak pasti," kata Sam.

Pergerakan Karier Bunkface 2013 Semakin Perlahan

Menurut Sam, keadaan itu juga membuatkan tawaran undangan untuk mereka membuat persembahan juga berkurangan berbanding tahun-tahun sebelumnya.

Paan pula berkata, dia berasa pelik apabila peminat-peminat Bunkface sering bertanyakan tentang bilakah lagu-lagu mereka bakal muncul, sedangkan mereka sudah pun memiliki sebuah album baharu.

"Kami rasa pelik apabila peminat sering bertanyakan lagu baru. Sedangkan sudah jelas terpampang di Facebook kami mempromosikan Bunk Not Dead ," ujarnya.

Bunkface Terus Perjuangkan Seni

Walaupun peredaran muzik sudah berubah, Bunkface tetap tidak akan mengubah konsep lagu 'punk rock' yang dibawakan.

Bagi mempromosikan semula album kedua Bunkface.

kumpulan itu akan mengadakan konsert mini iaitu 'Bunk Not Dead Tour Malaysia' di lapan buah lokasi di seluruh negara tidak lama lagi. - Blog Gosip Hiburan Malaysia @ djdanchef


Tiada ulasan:

Catat Komen