Nuffnang

Ahad, 5 Mei 2013

Mizz Nina - Google Blog Search

Mizz Nina - Google Blog Search


<b>Mizz Nina</b> Tidak Bimbang Dibayangi Jay Park - Gua.com.my

Posted: 17 Apr 2013 09:00 AM PDT

Seperti yang pernah GUA laporkan sebelum ini, tahun 2013 menjanjikan pelbagai kejutan daripada diva hip hop Malaysia, Mizz Nina. Selepas melancarkan single terbaru 'Around The World' yang menampilkan bintang K-Pop, Jay Park sebagai pasangan duetnya, Mizz Nina bakal menghangatkan industri hiburan dengan Konsert Around The World pula pada 18 Mei hadapan.

Bertempat di KL Live Centre, Konsert Around The World ini dijangka mendapat sambutan hangat memandangkan Jay Park akan turut sama beraksi.  Menurut Mizz Nina biarpun dia sedia maklum bahawa Jay Park memiliki jutaan peminat berbanding dirinya, namun dia sedikit pun tidak berasa gusar konsert sulungnya itu akan dibayangi oleh Jay Park.

"Kehadiran Jay Park adalah satu bonus. Jadi, saya tidak melihat penglibatannya dalam konsert ini sebagai satu masalah. Tidak timbul isu saya akan dibayangi oleh Jay Park. Ini kerana kami saling membantu bagi memastikan konsert ini meraih kejayaan. Memang tidak dinafikan akan ada peminat-peminat Jay Park yang akan datang ke konsert itu nanti, tetapi itu tidak mengapa. Mungkin selepas ini Jay Park pula yang akan menjemput saya ke konsert dia," ujar Mizz Nina berkeyakinan.

Tambah Mizz Nina lagi, dia sangat gembira kerana Jay Park menyatakan kesediaannya untuk turut serta dalam konsertnya itu. Bagi Mizz Nina atau panggilan mesranya Nina, walaupun mengetahui ada sesetengah peminat Jay Park tidak begitu suka dengan kolaborasi mereka itu, namun dia gembira Jay Park boleh menerimanya.

"Apa yang boleh saya katakan, Jay Park akan buat sesuatu yang cukup istimewa untuk peminat-peminatnya nanti.  Kejutan yang bagaimana, saya tidak boleh beri sebarang gambaran. Kita tunggu dan lihat sama-sama nanti," ujar Nina.

Bercerita lanjut tentang Konsert Around The World itu, Nina memberitahu selain menampilkan Jay Park, suami tercintanya, Noh Hujan juga akan turut serta bagi menyanyikan lagu duet mereka. Jelas Nina konsertnya itu hanya akan mengambil masa kira-kira satu jam ke satu jam setengah sahaja . Dia memperuntukkan masa yang tidak terlalu panjang kerana mahu konsertnya itu benar-benar memberi impak kepada peminat yang hadir.

"Ini merupakan konsert pertama saya selepas lebih 10 tahun berada di dalam industri muzik. Jadi, saya mahu konsert ini betul-betul penuh dan mampu memberi impak besar kepada mereka yang hadir. Saya mahu peminat yang datang nanti menikmati muzik dan berpuas hati dengan persembahan saya," ujar Nina.

Mengulas tentang pemilihan KL Live pula, Nina memberitahu dia mahu mengadakan konsert di lokasi itu kerana berpendapat tempat itu tidak terlalu kecil atau terlalu besar. Bukan kerana tidak yakin dengan kehadiran penonton nanti.

"KL Live boleh memuatkan kira-kira 3000 orang dalam satu-satu masa. Saya tidak mengharapkan jumlah penonton yang terlalu ramai kerana ini merupakan konsert pertama saya. Lagipun, saya mahukan sebuah konsert yang intim," ujar penyanyi yang menyimpan hasrat untuk berkolaborasi dengan Justin Timberlake pula selepas ini.

Mereka yang ingin mendapatkan tiket boleh membuat belian di http://redtix.airasia.com/Events/mizznina, dan semua cawangan Rock Corner dan Victoria Music. Tiket-tiket berharga RM70 dan RM100.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan