Nuffnang

Rabu, 29 Mei 2013

Eira Syazira - Google Blog Search

Eira Syazira - Google Blog Search


<b>Eira Syazira</b> Temani Ibu Di Saat Terakhir Pemergian | ROTIKAYA

Posted: 27 May 2013 07:04 PM PDT

Semalam kita di'kejutkan berita pemergian ibu kepada aktress Eira Syazira yang menghembuskan nafas terakhir Hospital Putrajaya pada 7.20 pagi akibat kanser payudara tahap 4 yang di'alaminya.

Bercakap kepada portal hiburan Murai, Eira Syazira sedih dan juga sayu mengenangkan ibunya yang telah pergi buat selamanya tetapi bersyukur kerana berada di'samping ibunya di saat saat akhir pemergian.

"Sudah tentu pemergiannya merupakan satu kehilangan yang sangat besar buat saya tetapi saya relakannya pergi daripada melihat dia menderita lagi selama ini"

"Malah, saya bersyukur kerana dapat bersama dan temaninya dia sejak semalam sehinggalah dia menghebuskan nafas yang terakhir. Saya juga sempat bercakap dengannya, tetapi dia hanya bertindak balas dengan mengalirkan air mata sahaja," cerita Eira Syazira.

Eira Syazira juga berkata yang beliau gembira dapat menunaikan hajat ibunya untuk melihat anaknya bersama Azad Jasmin, Amarra Sofea sebelum meninggal dunia. Al-fatihah buat ibu Eira Syazira.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan