Misha Omar - Google Blog Search |
12 GUA : <b>Misha Omar</b> Tak Suka Lipat Kain - Gua.com.my Posted: 27 May 2013 09:00 AM PDT Penyanyi dan pelakon dari Kota Bharu, Kelantan, Misha Omar, berkongsi 12 perkara menarik mengenai dirinya untuk pembaca-pembaca GUA. Jom kita tengok apa yang menarik mengenai personaliti ini! 1. Mudah ketawa jika ada perkara yang lucu atau menggelikan hatinya. 2. Senang tertidur. Kalau masuk dalam kereta sekejap pun, dia boleh tidur dan melelapkan matanya. 3. Suka menyanyi di bilik air dan di 'basement' kompleks membeli belah jika tiada orang berdekatan. 4. Seorang yang kuat makan tetapi tidak makan durian. Misha yang tinggal bersama adik beradiknya yang lain akan menyuruh adik beradiknya makan durian di luar rumah jika mereka membeli raja buah itu. 5. Misha menyatakan yang dia adalah seorang 'potato couch'. Dia suka menonton TV dan kadang-kadang dia akan menonton DVD bersama keluarganya sambil makan aiskrim! 6. Lebih senang mengenakan cermin mata apabila tiada urusan kerja. Jika ada undangan persembahan nyanyian ataupun lakonan, barulah dia akan mengenakan kanta lekap. 7. Jarang mengenakan solekan. Jika ingin keluar rumah, dia hanya mengenakan bedak nipis dan pengilat bibir sahaja. 8. Takut dan geli dengan ular, tikus, cicak dan lipas. Kalau terjumpa binatang-binatang ini, Misha yang akan lari seperti lipas kudung! 9. Suka duduk di rumah jika ada masa terluang. 'Homely type' rupanya Misha Omar ni! 10. Tidak suka melipat kain. Misha boleh membasuh, menyidai dan menggosok pakaian, namun apabila tiba masanya untuk melipat kain, dia akan serahkan tugas itu kepada kakaknya, Mimie Omar. 11. Di zaman sekolahnya, Misha mengakui penampilannya agak tomboi. Kulitnya juga agak gelap dan berjerawat. Misha anggap dirinya merupakan remaja yang tidak cantik sewaktu zaman persekolahan dahulu. 12. Misha menganggap pertunangannya dengan Firos Ezzwan Rossly telah membuka salah satu misteri tentang hidupnya memandangkan ramai yang berteka-teki tentang status dirinya. |
You are subscribed to email updates from Misha Omar - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan