Lisdawati - Google Blog Search |
<b>Lisdawati</b> Tidak Mahu Peminat Hukum Dengan Penampilan <b>...</b> Posted: 12 May 2013 04:56 PM PDT Pasti berat hati pelakon Lisdawati ini tatkala berhadapan dengan situasi yang memaksa dirinya untuk membuka tudung demi mencari rezeki untuk anak-anak dan keluarga. Manakan tidak cabang lakonan sahajalah yang menjadi punca rezeki utama Lisdawati membesarkan anak-anak. Namun sebagai seorang ibu hati mana yang tidak mahu berubah ke arah kebaikan dan mencari keredhaannya. "Ya, memang ini adalah imej terkini Lisdawati, tetapi harap orang ramai paham, jika ada tawaran berlakon dengan watak yang tidak membolehkan saya menutup rambut saya, saya masih terima kerana itu adalah mata pencarian saya, untuk membesarkan anak-anak dan keluarga. "Tetapi seboleh-bolehnya saya cuba untuk tidak lagi melakonkan watak yang perlukan saya pakai baju yang seksi dan sebagainya. Selagi watak itu membenarkan saya pakai tudung, saya akan cuba menutup aurat selagi boleh. "Ini semua datang daripada diri saya sendiri dan saya buat perlahan-lahan kerana niat saya adalah untuk berubah kearah yang lebih baik dan ia bukan boleh dibuat dengan sekelip mata. Namun begitu jelas Lisdawati lagi, niatnya untuk terus kekal bertudung mungkin akan sampai kerana sekarang pun dia sudah mulai berjinak-jinak dalam perniagaan sebagai sumber pencarian untuk masa akan datang. |
<b>Lisdawati</b> Kini Bertudung Tapi.. - Gossip Artis Malaysia Posted: 12 May 2013 09:00 PM PDT Pada: Isnin, 13 Mei 2013 Difahamakan memetik portal Murai semalam, Lisdawati kini sudah bertampilan dengan bertudung pada dirinya, wah baguslah, memang ramai yang setuju. Namun Lisdawati yang juga isteri kepada pelakon Fauzi Nawawi itu enggan disalah erti penampilannya yang kini bertudung, memandangkan dia akan membuka tudung ketika berlakon jika diminta produser berbuat demikian kerana itu adalah punca rezekinya membesarkan anak-anaknya. "Kalau boleh saya tidak mahu komen pasal penampilan saya ini. Dan saya tidak juga umumkan dimana-mana bahawa saya sudah bertudung atau sebagainya kerana saya tidak mahu dilabel atau dihukum mana-mana pihak terutamanya masyarakat. Tag : Berita Artis , Fauzi Nawawi , Lisdawati , Pelakon , Suami Isteri , Tudung |
You are subscribed to email updates from Lisdawati - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan