Nuffnang

Khamis, 16 Mei 2013

Rita Rudaini - Google Blog Search

Rita Rudaini - Google Blog Search


<b>Rita Rudaini</b> Mahu Seniman Bantu Selesai Kemelut - Gua.com.my

Posted: 26 Apr 2013 12:25 AM PDT

Kalau sebelum ini, nama Rita Rudaini sering dihimpit dengan kontroversi tentang rumah tangganya yang belum menemui jalan penyelesaian. Terbaru, Rita menjadi mangsa sebuah produksi baru yang tidak profesional.

Baru empat hari menjalani penggambaran dengan produksi tersebut, Rita membuat keputusan untuk menarik diri kerana tidak selesa dengan cara mereka berkerja. Keputusan tersebut dibuat juga atas provokasi daripada pihak produksi yang meminta Rita untuk berhenti daripada terlibat dengan projek mereka.

"Sepatutnya penggambaran berjalan selama lebih kurang 40 hari. Tapi belum menjalani penggambaran lagi, saya sudah dapat lihat cara mereka yang tidak profesional", kata Rita.

Tambah Rita, dia dan penerbit ada membincangkan tentang penarikan diri dengan produksi tersebut dan mereka bersetuju untuk melepaskan Rita. Namun, setelah Rita mengundurkan diri, mereka meminta pelakon itu untuk membayar ganti rugi bagi menjalankan penggambaran semula untuk babak-babak yang telah dilakonkan Rita.

"Saya tidak kisah membayar ganti rugi kepada mereka. Tapi jumlah yang mereka minta mencecah ratusan ribu Ringgit. Padahal penggambaran cuma dijalankan selama empat hari. Lagi pun, bagaimana pula dengan kerugian saya kerana telah menolak tawaran lain untuk terlibat dengan produksi ini?," ujarnya.

Rita yang biasanya memilih untuk berlakon dengan produksi yang dikenalinya, akui melakukan kesilapan kerana menerima tawaran daripada produksi ini.

"Saya tidak pernah berlakon dengan produksi yang saya tak kenal.  Tapi tak tahu kenapa saya terbuka pintu hati untuk terima tawaran daripada produksi ini. Selepas apa yang terjadi, saya akan berpegang semula pada prinsip saya untuk tidak terlibat dengan mana-mana produksi yang saya tak kenal," katanya.

Bagi menyelesaikan kemelut di antaranya dengan pihak produksi terbabit, Rita hadir ke pejabat
Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) di Taman Melawati pada Khamis untuk membuat laporan serta meminta bantuan daripada persatuan itu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan