Nuffnang

Isnin, 20 Mei 2013

Shila Amzah - Google Blog Search

Shila Amzah - Google Blog Search


(9 GAMBAR)<b>Shila Amzah</b> Dan Keluarga Tunaikan Umrah |

Posted: 21 Mar 2013 11:56 PM PDT


Ketika ini, Shila Amzah dan ahli keluarganya sedang berada di Mekah untuk menunaikan umrah. Sambil-sambil mengerjakan ibadah, dapatlah Shila dan keluarga meluangkan masa bersama-sama. Semoga hubungan kekeluargaan mereka akan bertambah erat selepas ini.

shila amzah umrah

Shila Amzah dan keluarga telah berada di Mekah sejak 12 Mac yang lalu. Lagi 8 keping gambar Shila Amzah dan keluarga menunaikan umrah dengan membaca entri ini sepenuhnya.

shila amzah umrah
shila amzah umrah
shila amzah umrah
shila amzah umrah
shila amzah umrah
shila amzah umrah
shila amzah umrah
shila amzah umrah

Baca Yang Ini Pulak:-


BERITA ARTIS - Ibu <b>Shila Amzah</b> Dedah Perihal Anak - Gua.com.my

Posted: 17 May 2013 12:05 AM PDT

Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Itu pepatah yang boleh menggambarkan situasi yang dialami oleh ibu kepada penyanyi popular, Shila Amzah, Fauziah Sarman. Pahit getir bergelar seorang ibu kepada Shila Amzah bukannya mudah. Pasti ramai yang tertanya-tanya bagaimana wanita berusia 45 tahun ini menghadapi segala cabaran dan dugaan yang tidak jemu bertandang.

"Sebagai seorang ibu, saya menganggap semua kontroversi yang menghimpit Shila sebagai ujian daripada Allah. Allah tidak akan menguji seorang hambanya jika ujian itu tidak mampu ditempuhinya. Memang bukan mudah menjadi ibu kepada seorang selebriti, tetapi saya bertuah kerana mempunyai suami (N.D Lala) dan anak-anak yang sentiasa menyokong dalam suka dan duka.  Sebenarnya,  dugaan dan cabaran yang saya lalui ini turut dihadapi oleh semua ibu-ibu di luar sana. Cuma situasinya berbeza kerana Shila seorang yang popular.

Setiap kali Shila dihimpit kontroversi, pasti hati saya akan tersentuh apabila membaca komen-komen yang ditulis di laman-laman sosial. Mereka menulis seolah-olah kejadian itu tidak mungkin terjadi kepada mereka. Bagaimanapun, saya tidak mudah melatah kerana saya kenal siapa Shila sebenarnya. Shila seorang anak yang taat dan sayangkan keluarganya. Dia tidak pernah membantah atau melukai hati ibu bapanya. Sebagai seorang ibu, saya berharap Shila sentiasa berada di dalam keadaan selamat. Selain itu, saya juga berpendapat Shila seorang yang tabah, kuat semangat, mendengar kata dan bijak membawa diri," ulas Fauziah lagi.

Dalam masa yang sama, Fauziah juga menafikan Shila kini semakin lupa diri setelah meraih populariti. Jelas ibu kepada empat cahayamata ini, Shila adalah orang sama semenjak di awal kemunculannya dahulu.

"Kalau orang kata Shila sudah berubah, sombong atau semakin lupa diri, saya tidak bersetuju. Shila adalah orang yang sama seperti dahulu. Cuma sekarang ini dia lebih matang. Jadi segala tindak-tanduknya mencerminkan pemikirannya ketika ini. Orang cuma salah faham kerana mereka tidak kenal personaliti Shila yang sebenarnya," tambah Fauziah.

Menjawab tuduhan sesetengah pihak yang mengatakan dia dan suami terlalu mengongkong Shila, Fauziah menjelaskan perkara itu tidak benar sama sekali.

"Sebenarnya perkataan mengongkong itu tidak wujud sama sekali kepada seorang ibu dan juga ayah. Ini kerana kita bukan mahu mengongkong tetapi mahu memastikan anak kita berada di landasan yang betul. Setiap perkara yang dilakukan oleh seorang ibu dan ayah adalah untuk kebaikan anaknya. Sama seperti Shila, saya dan suami tidak pernah menyekat kebebasan Shila. Kami hanya bertindak sebagai penasihat dan penyokong. Lebih-lebih lagi dia seorang perempuan. Jika Shila melakukan perkara yang tidak betul, sudah pasti kami akan menegurnya. Kami mahu dia sentiasa gembira dan bahagia dengan kehidupannya.

Satu perkara yang mungkin orang tidak tahu ialah, Shila bukan seorang gadis yang suka bersosial seperti rakan-rakan seusianya dengannya. Jika berada di rumah, dia suka menyendiri di dalam bilik kerana sibuk berkarya. Saya sendiri berasa rimas dengan perlakuannya itu dan sering kali minta dia meluangkan masa dengan kawan-kawan," ujar Fauziah mengakui hubungannya dengan Shila sangat rapat.

Sementara itu, Fauziah turut mengulas tentang kejayaan Shila mendapat taraf kerakyatan China. Jelasnya, taraf kerakyatan itu sah selama enam tahun. Bagaimanapun, Shila tidak akan berpindah ke negara republik itu. Sebaliknya hanya akan berulang alik ke sana untuk urusan kerja.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan