BERITA ARTIS - <b>Syamsul Yusof</b> Maafkan Siapa? - Gua.com.my Posted: 01 May 2013 01:35 AM PDT Beberapa jam yang lalu, Syamsul Yusof telah ke Facebook untuk berkongsikan sedikit isi hatinya. Tidak ditulis siapa pesanan itu ditujukan kepada. Mungkinkah Ammar Alfian Aziz? Assalamualaikum buat semua pembaca, moga kalian sihat dan dirahmati Allah.
Sewaktu aku sedang asyik menyiapkan kerja2 ku tiba2 aku mendapat panggilan dr seorang sahabat yg memberitahu ada seorang hamba Allah telah mengaitkan namaku juga keluarga ku dlm masalah dirinya. Lalu aku terpaksa mencuri sedikit masa utk mengetahui apakah yg sedang hangat diperkatakan itu.
Selepas segalanya aku baca dan renungi...Apa yg ku boleh katakan aku agak terkejut dan hairan. Mengapa dia melibatkan aku dlm masalah peribadinya? Dengan begitu bangga menghina aku, keluargaku juga beberapa pihak yg lain di laman twittermu?
MasyaAllah kawanku, jgnlah kamu terlalu megikut rasa nafsu dihati sehingga mengaku sendiri keburukan diri dan sedarkah kamu, kamu bukan saja telah menghina org lain dengan kata2 kotormu itu malah kamu sndiri tanpa sedar telah memalukan keluargamu, juga terus-terusan menunjukkan keburukan dirimu pd umum. Sedarkah kamu kwnku?
Dlm hidup yg singkat ini aku berpegang pada Agama dan prinsip. Aku memilih utk tidak memanjangkan hal ini dgn perbalahan tanpa kesabaran kerana kesabaran itu adalah senjata setiap muslim. Tiada kematangan/kebaikan dlm isu ini.
Jadi aku maafkan kamu atas segala tuduhan dan hinaan mu padaku juga keluargaku. Aku maafkan kamu kwn. Aku sedih melihat kita berbalah, memfitnah dalam dunia maya. Kita hidup tidak lama.. Mengapa perlu ditambah 'bekalan yang tidak sepatutnya' untuk dibawa ke 'sana'..
"Apabila ada dua orang yang saling mencaci-maki, maka cacian yang diucapkan oleh keduanya itu, dosanya akan ditanggung oleh orang yang memulai cacian selama orang yang dizhalimi itu tidak melampaui batas." #sabda Rasulullah.
Akhir kata, Terima kasih kerana meluangkan masa untuk membaca kenyataan/luahan ku ini.
Pengarah Kerdil, Syamsul Yusof
Artikel berkaitan: Syamsul Yusof Sindir Ammar Alfian Anak Angkat? Puteri Sarah Anggap Ammar Alfian Tak Matang |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan