Tiz Zaqyah - Google Blog Search |
<b>Tiz Zaqyah</b> Takut Disuntik, Pupuk Kesedaran Mengenai Kanser <b>...</b> Posted: 15 May 2013 10:12 AM PDT Menurut laporan oleh National Cancer Society Malaysia (NCSM) kanser Serviks merupakan pembunuh nombor dua terbanyak bagi wanita selepas kanser payudara. Oleh yang demikian produk mandian, MAY dengan kerjasama NCSM telah berganding bahu di dalam sama-samA memupuk kesedaran kepada golongan wanita terutamanya remaja mengenai penyakit ini dan bagaimana caranya untuk tangani masalah yang kurang mendapat perhatian masyarakat khususnya. Bertitik tolak daripada itu kempen May Cares For You telah diperkenalkan dan kini sedang giat dilakukan di beberapa universiti tempatan antaranya Universiti Teknologi Mara (UITM), Universiti Malaya (UM) dan juga Universiti Putra Malaysia (UPM) disamping memperkenalkan duta produk, Tiz Zaqyah, yang turut sama berkempen memupuk kesedaran mengenai kanser serviks. Ditanya mengenai kesedaran Tiz Zaqyah pada awalnya mengenai penyakit ini, dia akui hanya 30 peratus kesedaran yang ada pada dirinya sebelum menjadi duta produk MAY ini. "Disebabkan saya fikir masih muda dan keluarga saya sendiri tiada seorang pun yang memiliki penyakit ini menyebabkan kesedaran terhadap kanser serviks amat kurang sedangkan penyakit ini pembunuh nombor dua rakyat Malaysia dan statistik menunjukkan wanita Asia paling ramai menghidapi penyakit ini." Ketika ditemui di majlis "May Cares For You" siang tadi, Tiz Zaqyah yang telah disuntik vaksin bagi mengelakkan penyakit ini teruja berkongsi perasaannya yang pertama kali mengambil suntikan tersebut dan mengakui takut pada mulanya. "Perasaan saya nak kena suntik itu pada mulanya mengigil jugalah sebab doktor cakap akan rasa kebas tangan dan meminta saya memakan panadol tahan sakit." "Disebabkan kesedaran yang semakin meninggi mengenai kanser ini saya kuatkan juga dan kini saya sudah menjalani suntikan vaksin dan saya menyeru ramai wanita di luar sana agar lakukan perkara yang sama demi menjamin kesihatan yang lebih sihat untuk masa akan datang" Ketika kami berada di sana dan serba sedikit diberikan taklimat mengenai kanser ini antara faktor utama penyakit ini adalah disebabkan kebersihan yang kurang dititikberat selain melakukan seks lebih dari seorang pasangan. |
You are subscribed to email updates from Tiz Zaqyah - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan