Nuffnang

Isnin, 17 Jun 2013

Aliff Aziz - Google Blog Search

Aliff Aziz - Google Blog Search


dairishare: <b>Aliff Aziz</b> Mahu Kuburkan Kontroversi

Posted: 13 Jun 2013 04:06 PM PDT

BAD BOY! Gelaran itu melingkari perjalanan seni pemilik nama lengkap Mohamad Aliff Aziz.

Pelantun lagu Jangan Ganggu Pacarku itu ibaratnya tidak putus-putus diancam kontroversi yang sama sekali menjejaskan imejnya.

Fasa perubahan hidup daripada seorang remaja menjadi seorang lelaki matang barangkali dikaitkan dengan gelaran budak jahat itu.

Baik Aliff mahupun keluarganya di Singapura, gelaran itu pasti menjejaskan reputasi sebagai artis yang kerjayanya sudah menjengah enam tahun.

"Hal yang harus diakui, masyarakat menilai atas tindakan kita dan adakalanya hukuman itu diletakkan terlalu mudah sebelum tahu pucuk pangkalnya.

"Terlalu banyak kontroversi membabitkan saya sejak tahun lalu dan untuk menukarkan imej budak jahat itu sangat mustahil.

"Orang boleh bercakap apa jua tetapi jika boleh saya mahu memanipulasi imej budak jahat itu untuk kerjaya yang lebih baik. Walau apa pun, saya tidak boleh puaskan hati semua pihak.
"Bukan tak kisah apabila ada yang menilai saya sebagai budak jahat tapi inilah kehidupan saya.

Percakapan, perbuatan, pakaian dan adab saya sentiasa diperhatikan tapi apabila timbul label itu saya tidak suka.

"Saya tidak boleh berubah secara drastik kerana kalau perubahan itu saya buat untuk puaskan hati orang ia tidak akan kekal.

"Setiap manusia ada hak untuk hipokrit tapi secara individunya saya mahu jujur dengan diri saya,"
 katanya yang ditemui pada Konsert Pencarian Penyampai Pi Mai FM di Prangin Mall, Pulau Pinang, baru-baru ini.

Kejutan budaya

Aliff menafikan dakwaan tindakannya yang mencetuskan kontroversi tanpa henti itu impak kejutan budaya sebagai artis yang sedang meniti fasa perubahan ke alam dewasa.

Dia sebaliknya mahu tetap berusaha membuktikan kredibiliti dan bakatnya kepada peminat serta keluarga.

"Saya boleh rasakan keluarga saya sangat kecewa dengan kisah-kisah hitam yang melanda saya akhir-akhir ini. Jadi saya mahu tangkis segala tohmahan itu dengan membuktikan bahawa saya ada sisi positif.


"Saya tidak fikir saya terkena kejutan budaya sebab lebih ramai lagi artis lain yang lebih teruk daripada saya. Hanya kerana satu sebab orang terus menghukum saya tanpa henti. Ini diri saya dan manusia tidak dapat lari daripada kesilapan," ujarnya.

Dalam pada itu, Aliff mengulas tuduhan terbaharu mengenai dirinya yang dikatakan 'lalok' (khayal) ketika penggambaran sebuah telefilem baru-baru ini.

Katanya, dia kelihatan seperti seorang yang sedang khayal akibat terlalu penat dan ekoran itu dia tidak mampu melayan individu di sekelilingnya.

"Saya tahu apa yang saya lakukan dan Allah tahu setiap tindakan saya. Saya tidak boleh terima apabila timbul dakwaan saya terbabit dengan dadah.

"Saya tidak mengambil dadah dan saya tidak mahu ada kaitan dengannya. Muka saya nampak khayal kerana terlalu penat. Bayangkan saya kena ulang-alik dari Melaka ke Kuala Lumpur hampir setiap hari untuk penggambaran," tegasnya.
Hos biadap

Minggu lalu, sebuah program hiburan yang bersiaran secara langsung telah memetik nama Aliff dan menyifatkannya sebagai seorang lelaki yang berperangai keanak-anakan.

Ia ekoran gambar Instagram milik penyanyi itu menanam dua bentuk cincin yang pernah dimilikinya bersama bekas kekasihnya, Adira.

Menerusi program itu juga, Adira dijemput sebagai artis undangan untuk mengulas hubung kaitnya dengan tindakan Aliff menanam cincin terbabit.

Susulan tuduhan Aliff bersifat kebudak-budakan, penyanyi berusia 22 tahun itu meluahkan perasaan geramnya menerusi laman Twitter miliknya dan membidas tindakan pengacara itu yang tidak profesional.


"Jadi pengacara jangan biadap. Jangan babitkan perkara yang tiada kena-mengena, sedangkan Adira pun tidak memberikan sebarang komen kenapa pula dia boleh sesuka hati menyifatkan saya berperangai seperti budak-budak?

"Kenapa perlu sebut kata-kata begitu? Orang boleh bergurau kasar dengan saya tapi biarlah bertempat. Saya tidak kisah kalau dia kenalan lama saya tapi kami tidak pernah bersua dan dia boleh pula suka-suka cakap begitu.

"Tindakan saya menanam cincin adalah ekspresi peribadi saya. Dia sebagai pengacara tidak berhak mempersoalkan tindak-tanduk saya," tegas Aliff.

Menanam cincin itu bagi Aliff sebagai tanda penamat hubungan cintanya yang terdahulu. Aliff menyifatkan dia seorang lelaki yang sentimental dan tindakan itu sangat bermakna baginya.

"Instagram dan Twitter tempat meluahkan perasaan. Tindakan itu bukan syirik, tidak mengaibkan
sesiapa atau melibatkan sesiapa.

"Menjadi seorang selebriti boleh jadi gila-gila tapi adab kena jaga," katanya.
Keek Sakinah

Selain itu, kisah video Keek pelakon Sharifah Sakinah yang membabitkan nama Aliff turut menjadi
kontroversi memanaskan suhu industri hiburan baru-baru ini.

Menjelaskan perkara itu, dia sudah memaafkan Sakinah selepas pelakon drama Bunga Merah Punya itu menghubungi ibu Aliff untuk memohon maaf.

"Ketika video itu dirakam memang saya berada bersebelahan dengan Sakinah dan kerana terlalu penat saya tertidur.

"Sakinah ada menyebut saya sebagai 'arwah' dan apabila video itu tersebar, keluarga saya yang paling banyak menerima tempias.

"Bagaimanapun, Sakinah telah menghubungi ibu saya dan memohon maaf atas keterlanjuran perbuatannya. Saya rasa tidak timbul isu berbangkit kerana perkara ini sudah lama berlalu," kata Aliff.

 http://www.kosmo.com.my

Tiada ulasan:

Catat Ulasan