Neelofa - Google Blog Search |
BERITA ARTIS - <b>Neelofa</b> Tak Sangka Menang - Gua.com.my Posted: 16 Jun 2013 09:00 AM PDT Saat namanya diumumkan selaku pemenang Anugerah Heroin Baru Terhebat Anugerah Blockbuster 2, Neelofa seakan tidak percaya bahawa kemenangan berpihak kepadanya. Apatah lagi, pencalonannya dalam beberapa siri anugerah sebelum ini tidak pernah membuahkan hasil. "Saya memang tak letak harapan langsung untuk menang malam ini sebab dah banyak kali kalah. Memang saya terkejut dan bersyukur sangat-sangat atas kemenangan ini. Malam ini asalnya sahya datang dengan niat nak memeriahkan majlis dan mempromosikan filem saya. Alhamdulillah, saya gembira dan bersyukur dengan anugerah pertama yang saya menang. Saya harap kemenangan ini akan buka lebih banyak lagi rezeki buat saya," kongsi Neelofa. Neelofa dalam masa yang sama mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua peminat yang telah mengundi untuknya. Baginya, kepercayaan dan sokongan peminat tidak akan dipandang enteng dan Neelofa sangat menghargai usaha mereka selama ini. Akui Neelofa, kemenangannya semalam bukanlah sesuatu yang mudah apabila bersaing dengan nama-nama hebat seperti Anzalna dan Jojo Goh. "Kalau nak ikutkan watak saya dalam 'Hantu Kapcai' ini tak adalah besar sangat. Mungkin kelebihan menjadi satu-satunya heroin di samping Hairul Azreen, Fizz Fairuz dan Zizan Razak membuatkan karakter saya menonjol. Apatah lagi, watak gadis kampung yang baik, punya perwatakan lemah lembut seperti itu kebiasaannya mudah diterima dan dekat di hati penonton," ulas Neelofa lagi. Neelofa turut memberitahu GUA, buat masa ini dia akan memberikan lebih perhatian terhadap lakonannya untuk filem berbanding drama. Bukan bersikap 'memilih', faktor jadual dan masa pengambaran menjadi taruhan dek kesibukannya dengan kerjaya pengacaraan. "Disebabkan jadual saya agak padat untuk kedua-dua bidang lakonan dan pengacaraan, saya akan lebih mengutamakan filem berbanding drama kerana kekangan masa. Saya masih buat Nona dan Meletops, jadi saya perlu untuk susun jadual saya dengan baik agar semuanya berjalan lancar," jelas pemenang Dewi Remaja ini. Bakal muncul dengan filem 'Lemak Kampung Santan' dan 'Gangster Superstar' tahun ini, kerjaya seni Neelofa tidak terhenti setakat ini. Neelofa juga tidak jemu memperbaiki mutu lakonannya. Kongsi Neelofa, pengalaman berguru bersama Elly Suriati selama sebulan untuk filem 'Pilot Cafe' banyak memberinya pendedahan baru akan ilmu lakonan. "Saya banyak sangat belajar benda yang baru daripada Kak Elly sepanjang pengambaran 'Pilot Cafe'. Saya sendiri tak sabar menanti hasilnya yang dijangka memasuki pawagam tahun hadapan. Selain itu, saya juga teruja untuk mengetahui kesinambungan jalan cerita 'Hantu Kapcai 2' dan lihat perkembangan karakter yang akan saya bawakan," akhiri Neelofa yang turut bergandingan dengan Hans Isaac selaku penyampai anugerah. |
You are subscribed to email updates from Neelofa - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan