Nuffnang

Isnin, 3 Jun 2013

Aliff Aziz - Google Blog Search

Aliff Aziz - Google Blog Search


Jangan Kaitkan Saya Dengan Adira Lagi – <b>Aliff Aziz</b> | - Beautifulnara

Posted: 16 Apr 2013 08:49 PM PDT


Nampaknya Aliff Aziz sudah kecewa dengan hubungannya bersama Adira sehingga tidak mahu lagi nama tersebut dikaitkan dengan dirinya. Ini semua gara-gara luahan perasaan yang telah dikeluarkan oleh Aliff Aziz menerusi Twitternya baru-baru ini.

aliff aziz

Rata-rata menyatakan nama a***a itu merujuk kepada Adira. Abang Nara dapat rasai kekecewaan Aliff Aziz. Nak buat macam mana, cinta bukannya boleh dipaksa. Yang penting kalau kena rejek kita move on. Jangan kecewa lama-lama. Kata Aliff Aziz kepada Media Hiburan:-

Kalau boleh jangan kaitkan saya dengan Adira. Saya sudah tidak mahu sebarang cerita-cerita kami diungkit lagi. Cukup sampai di sini sahaja dan saya mahu serius dalam kerjaya dan mengulangi zaman kegemilangan saya.

aliff aziz
Diharap kali ini Aliff Aziz betul-betul fokus kepada kerjaya. Jangan tak sampai sebulan dua tup-tup dah ada cerita awek baru pulak. Kang orang naik muak dibuatnya. Sementara masih laku di pasaran ini, lebih baik Aliff Aziz kumpul duit banyak-banyak untuk bekalan. Tak gitu?

Baca Yang Ini Pulak:-


Kisah Perhubungan di Antara Adira: <b>Aliff Aziz</b> Anggap Hilang Teman <b>...</b>

Posted: 18 Apr 2013 10:11 AM PDT

Kasihan pun ada apabila mendengar sendiri luahan hati penyanyi dan juga pelakon kelahiran Singapura, Aliff Aziz ini tiap kali bercerita kisah peribadinya.

Jika dahulu percintaan bersama dengan Anne Ngasri putus ditengah jalan, tidak lama kemudian dia dikaitkan pula dengan Adira namun tidak mengesahkan status mereka tup tup keluar kenyataan Aliff Aziz di laman twitter yang seakan ditujukan kepada Adira tentang hubungan mereka yang sudah berakhir.

Mungkin tidak mahu pisang berbuah dua kali, Aliff Aziz yang baru menginjak ke usia 22 tahun hanya memberitahu bahawa Adira sememangnya teman rapatnya yang memang diakui ada rasa saya di antara mereka.

Tatkala ditanya jika tidak mahu pisang berbuah dua kali kenapa masih mahu memuat naik gambar mesra sambil menunjukkan sepasang cincin sama di laman Instagram sebelum ini kan?

"itulah, saya pun tidak sedar sebab perkara itu terjadi di luar jangkaan, tapi itulah jika saya bertemu cinta lagi sebolehnya saya tidak mahu terlampau exposed."

Apabila ditanya mungkin selepas ini dia serik untuk bercinta dengan artis, Aliff dengan nada yang lebih matang hanya menjawab dia tidak kisah siapa pun bakal kekasihnya nanti.

"Kalau ikutkan saya sendiri bukan baik mana, saya tidak kisah siapa pun dia asalkan kami faham di antara satu sama lain."

Puas dipujuk agar menceritakan bagaimana hubungan rapat dia bersama Adira berakhir barulah dia membuka cerita.

"Saya pun susah nak terangkan hubungan kami ini, tapi apa yang orang tengok melalui gambar itulah mungkin apa yang mereka rasa"

"Mungkin faktor jarak dan masa menyebabkan hubungan kami renggang dan ketika kami masih berkawan pun orang ramai sudah membuat spekulasi sendiri dan banyak cerita yang kami dengar dari kedua-dua belah pihak yang menyebabkan hubungan kami terus senyap."

Kalau benarlah apa yang dikatakan, selepas ini mungkin Aliff akan lebih matang di dalam menangani masalah percintaannya yang rasanya tidak pernah padam. Ada sahaja kontroversi yang melanda anak muda ini dari mula dia menjadi anak seni hinggalah sekarang kan? Jadi lebih privasi lebih umph rasanya!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan