Izreen Azminda - Google Blog Search |
<b>Izreen Azminda</b> Teruja Hamil 5 Bulan! - Kepoh Giler Posted: 07 Mar 2013 06:22 PM PST LAPAN tahun mencuba nasib hanya kini namanya dikenali dan mengakui langsung tidak terkilan dengan kenyataan tersebut. Bagi pelakon Izreen Azminda Aznam, 28, dia percaya setiap yang berlaku mempunyai sebab tersendiri. Tatkala sedang mengukir nama, pelakon yang mula mendapat perhatian melalui drama bersiri Juvana ini mengambil keputusan berkahwin. Mengakui mendapat pendapat berbeza tentang pilihannya untuk berkahwin, bagi Izreen dia percaya rezeki itu bukan terletak di tangan manusia. Sedang asyik melayari alam rumah tangga, cukup tiga bulan usia perkahwinannya dengan jurukamera bebas, Muhd. Riza Baharudin, 30, mereka sekali lagi menerima kejutan apabila Izreen disahkan hamil. Mengakui teruja untuk bergelar seorang ibu, Izreen kini mengambil keputusan bercuti panjang demi menjaga kandungannya itu. "Ini merupakan anak pertama jadi perasaannya itu agak baru buat saya. Bersyukur dengan rezeki yang diterimanya, Izreen mengakui masih lagi mendapat tawaran untuk berlakon walaupun sedang hamil. "Memang ada tawaran berlakon, malah mereka juga masih mahu saya membawakan watak yang dikatakan sinonim dengan saya iaitu watak antagonis.Ditanya sama ada keputusan untuk bercuti itu diambil demi mengelakkan dia terus melakonkan watak-watak jahat ketika sedang hamil, Izreen mengakui memang ada yang menggusarkan hatinya. "Kadang-kadang takut juga jika anak dalam kandungan ini bakal terpengaruh dengan perasaan ibunya.Sedang dia memilih untuk berehat di rumah kini, Izreen memberitahu suaminya, Riza juga tidak melepaskan peluang untuk sentiasa bersamanya. Mungkin terlalu teruja, Izreen memberitahu suaminya kini tidak lagi mengambil kerja di luar Kuala Lumpur. "Kalau nak diikutkan kerja suami memang akan sentiasa berada di luar kawasan.Berkongsi pengalaman sepanjang hamil lima bulan, menurut Izreen dia dan suaminya sangat bersyukur kerana tidak mengalami sebarang alahan. Malah tiada apa yang paling menggembirakan hati mereka apabila mengetahui kandungan itu juga dalam keadaan sihat. "Saya mahupun suami memang tidak mengalami sebarang alahan. Mula-mula itu memang hairan juga apabila rakan-rakan lain sibuk berkongsi pengalaman pertama mereka.Baca : Nelydia Senrose Punca Qi dan Yuna Berpisah? |
celoteh si gadis kidal: <b>Izreen Azminda</b> Rahsiakan Jantina Anak Posted: 29 Mar 2013 01:47 AM PDT Ketika usia kandungannya mencecah enam bulan, pelakon Izreen Azminda melahirkan rasa terujanya untuk bergelar ibu. Malah, isteri kepada Muhammad Riza Baharudin ini juga mendedahkan sudah mengetahui jantina bayi sulungnya itu. "Hasil ujian imbasan yang dibuat baru-baru ini, doktor sudah mengesahkan jantina bayi saya. Namun, saya rasa, biarlah ia dirahsiakan terlebih dahulu. "Lagipun, saya tidak mahu terlalu terburu-buru kerana banyak kes yang terjadi di mana ujian imbasan bukanlah keputusan tepat. "Apa jua jantina, saya dan suami tidak kisah. Yang penting, dia sihat dan berada dalam keadaan yang baik-baik sahaja," Izreen juga masih aktif di lokasi penggambaran untuk telemovie 'Barakah'. "Buat masa ini, saya masih lagi bekerja. Namun, jadual saya tidak sepadat dulu lagi. Selepas telemovie ini, saya akan berehat panjang menunggu tarikh bersalin. "Doktor juga menyarankan agar saya berehat dan tidak melakukan kerja-kerja berat. Lagipun, walaupun usia kandungan baru enam bulan, tapi saya rasa macam dah sembilan bulan," ujar Izreen yang akan berpantang di Kuala Lumpur sahaja. |
You are subscribed to email updates from Izreen Azminda - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan