Eira Syazira - Google Blog Search |
BERITA ARTIS - Ibu <b>Eira Syazira</b> Meninggal Dunia - Gua.com.my Posted: 27 May 2013 12:20 AM PDT Selepas menderita penyakit barah payudara selama tiga tahun, ibunda tercinta kepada pelakon serta penyanyi Eira Syazira telah menghembuskan nafas terakhir pada jam 7.20 pagi tadi. Berita pemergian arwah Che Ruhani Che Hassan dikongsi sendiri oleh Eira menerusi akaun Twitter miliknya. Salam. Bonda ku yg tercinta Allahyarhamah Che Ruhani Che Hassan telah pun kembali ke rahmatullah pd jam 7.20pg td. Al Fatihah.. Allahyarharmah menghidap barah payudara sejak tahun 2010 namun mula menderita sakit tersebut sejak dua tahun lepas. Arwah yang meninggal dunia di Hospital Putrajaya telah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Persint 20, Putrajaya sebelum waktu Zohor. Difahamkan, kesemua ahli keluarga turut berada di sisi arwah saat arwah menghembuskan nafas terakhir. GUA ingin mengucapkan takziah buat Eira sekeluarga dan semoga roh Allahyarharmah dicucuri rahmat serta ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Amin. |
You are subscribed to email updates from Eira Syazira - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan