Nuffnang

Rabu, 19 Jun 2013

saleem iklim - Google Blog Search

saleem iklim - Google Blog Search


Persembahan eksklusif dua ikon, Jamal Abdillah dan <b>Saleem Iklim</b> <b>...</b>

Posted: 28 Mar 2013 04:53 AM PDT

KUALA LUMPUR 28 Mac – Buat julung-julung kalinya, Raja Pop Malaysia Jamal Abdillah dan penyanyi bersuara emas, Saleem Iklim akan mengadakan konsert di Terengganu pada 26 April ini.

Persembahan berskala konsert itu akan diadakan di RI-YAZH Heritage Marina Resort & Spa selama satu malam sahaja.

Menurut Jamal, idea untuk mengadakan persembahan bersama Saleem tercetus daripada dirinya, justeru menerusi produksi miliknya, Bintang Channel, beliau menggerakkan persembahan makan malam eksklusif itu.

"Saleem adalah seorang penyanyi yang hebat dan ramai peminat. Pasti ramai yang mahu menyaksikan persembahan saya menyanyikan lagu-lagu beliau dan beliau pula menyanyikan lagu-lagu saya," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Jamal berkata, persembahan selama dua jam setengah itu akan diselang selikan dengan artis undangan Farouk yang menggantikan Malique apabila beliau menyampaikan lagu berjudul Aku Maafkan Kamu.

Sementara itu, Saleem pada sidang akhbar yang sama berkata, beliau gembira undangan Jamal untuk menjayakan Eksklusif Makan Malam & Konsert pada 26 April nanti.

"Saya gembira dengan undangan ini dan teruja untuk membuat persembahan di negeri kelahiran saya," kata Saleem.

Beliau berharap, penonton yang mahu menyaksikan persembahan boleh membeli meja dan secara individu.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Hiburan/20130328/hi_09/Persembahan-eksklusif-dua-ikon-Jamal-Abdillah-dan-Saleem#ixzz2OoqYrBRF
© Utusan Melayu (M) Bhd


Tiada ulasan:

Catat Ulasan