Elfira Loy - Google Blog Search |
"Saya masih lagi belum berpunya" - <b>Elfira Loy</b> - Utusan Online Posted: 26 Jun 2013 12:06 AM PDT Oleh MUHAMMAD AZRUL MOHD. RADI ELFIRA LOY KUALA LUMPUR 26 Jun - Pelakon muda, Elfira Loy, 19, nafi sedang bercinta dengan mana-mana lelaki termasuk aktor dari Indonesia, Baim Wong kerana usianya yang masih muda. Menurut Elfira, buat masa ini dia masih lagi mahu menumpukan perhatian kepada kerjaya dan pengajiannya dalam bidang Seni Persembahan & Komunikasi, Kolej Damansara Utama (KDU). "Saya masih lagi belum berpunya. Sebenarnya bila difikirkan semula, setiap kali saya berlakon dengan pelakon lelaki, pasti saya akan digosipkan bercinta bersama. "Antaranya yang pernah dikaitkan bercinta dengan saya adalah Randy Pangalela, Zizan Razak dan juga Zoey Rahman," katanya ketika dihubungi hari ini. Isu percintaan Elfira dan Baim hangat diperkatakan selepas pelakon kacak dari seberang itu sendiri membuat pengakuan bahawa mereka sedang dilamun cinta dalam program Meletop di Astro Ria semalam. Malahan untuk membuktikan bahawa mereka sedang serius bercinta, Baim turut menunjukkan khidmat pesanan ringkas (SMS) antara dia dengan Elfira. Bagaimanapun, apa yang ditunjukkan oleh Baim dalam program yang dihoskan oleh Neelofa dan Nabil itu hanyalah gimik memandangkan beliau dan Elfira melakonkan watak pasangan kekasih dalam telefilem terbaharu mereka, "Untuk Terakhir Kali". - UTUSAN ONLINE |
Between me and <b>Elfira Loy</b> just Artists Friends-Zizan Razak Posted: 07 May 2013 10:33 PM PDT Text by Kheme Rosly |
You are subscribed to email updates from Elfira Loy - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan