Ezany Nizariff - Google Blog Search |
“Saya tidak akan membuat permohonan maaf secara terbuka <b>...</b> Posted: 26 Jun 2013 10:56 PM PDT Meskipun telah diberi peluang selama seminggu oleh pengarah, Abdul Rahim Awang bermula Selasa (semalam) untuk membuat permohonan maaf secara terbuka, namun pelakon Ezany Nizariff akui berkeras yang dia tidak akan berbuat demikian sebelum atau selepas tempoh tersebut berakhir. Ezany Nizariff berkata dia berada di pihak yang benar dan bersedia berhadapan dengan apa jua kesan dan kemungkinan biarpun perlu berhadapan dengan kes mahkamah kelak. "Pelakon tambahan itu sudah pun membuat laporan polis dan ianya memang disahkan oleh pihak polis, jadi mengapa dia perlu mengelak. Dia tidak perlu hendak gertak saya atau apa. Kita ada undang-undang dan semuanya akan berjalan mengikut prosedur yang betul." "Saya tak kira apa nak jadi, jadilah tetapi saya tetap tidak akan membuat permohonan maaf secara terbuka seperti mengikut kehendaknya, malah saya sudah bersedia jika dia mahu bawa perkara ini ke tengah," katanya Rahim Awang telah membuat laporan di Balai Polis Melawati petang Isnin lalu selepas mendakwa pelakon Ezany Nizariff cuba memfitnah kononnya dia mencabul seorang pelakon tambahan serta mengadakan hubungan seks dengan seorang pelakon baru. Malah, Rahim yang juga Timbalan Presiden, Persatuan Pengarah Filem Malaysia (FDAM) itu telah memberikan tempoh seminggu bermula Selasa (hari ini) bagi menuntut Ezany membuat permohonan maaf secara terbuka. Tambahnya lagi, jika pelakon tersebut enggan berbuat demikian, Rahim akan mengambil tindakan seterusnya dengan membawa kes tersebut ke mahkamah. Ezany memberitahu dia tidak takut dan bersedia jika kesnya dibawa ke mahkamah kerana dengan cara itu, dia berpeluang untuk membongkar lebih banyak perkara yang telah dilakukan oleh pengarah filem tersebut. "Saya tidak takut, malah bersedia dengan peguam peribadi saya jika dia bawa perkara ini ke mahkamah. Sebaliknya dia perlu berjaga-jaga kerana jika perkara ini sudah dibawa ke mahkamah dan saya akan bongkar lebih banyak salah laku yang dilakukannya," jelasnya lagi. Terdahulu pada 17 Jun lalu, Ezany bersama enam orang kru produksi telah membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Serdang dekat sini selepas mendakwa sebuah syarikat produksi, NR Network, tidak membayar baki wang kerja-kerja lakonan kepada mereka menerusi drama Titian Dua arahan Abdul Rahim. Malah Ezany turut mendedahkan produksi tersebut turut mempunyai masalah lain apabila pengarahnya iaitu Rahim telah cuba mencabul seorang pelakon baru dikenali sebagai Farrah di lokasi penggambaran. Pelakon itu telah pun membuat laporan polis pada hari sama di Balai Polis Kota Damansara. KB Shouts : setel elok elok ok |
You are subscribed to email updates from Ezany Nizariff - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan