Nuffnang

Ahad, 23 Jun 2013

kumpulan Fabulous Cats - Google Blog Search

kumpulan Fabulous Cats - Google Blog Search


<b>kumpulan Fabulous Cats</b> - Google Blog Search - blog-blog hiburan

Posted: 01 Jun 2013 03:03 AM PDT


<b>kumpulan Fabulous Cats</b> - Google Blog Search - blog-blog hiburan

Posted: 09 May 2013 03:06 AM PDT


<b>kumpulan Fabulous Cats</b> - Google Blog Search - blog-blog hiburan

Posted: 19 Apr 2013 03:49 AM PDT


<b>kumpulan Fabulous Cats</b> - Google Blog Search - blog-blog hiburan

Posted: 10 Apr 2013 04:01 AM PDT


BLOG-BLOG HIBURAN: <b>kumpulan Fabulous Cats</b> - Google Blog <b>...</b>

Posted: 18 Mar 2013 03:55 AM PDT


<b>Kumpulan Fabulous Cats</b> mencari Band Pengiring - Halaman <b>...</b>

Posted: 30 Mar 2009 05:32 PM PDT

altTHE FABULOUS CATS kini sedalam dalam pencarian band iringan untuk semua persembahan mereka di dalam negara dan Indonesia.Ini adalah untuk memantapkan lagi persembahan The Fabulous Cats (TFC).

Dalam laman Facebook, TFC menyatakan antara kriteria yang mereka cari ialah:-


1) Pemain Bass dan Drum
-Lelaki 23 tahun keatas dan bawah 29 tahun
-Kemahiran bermain bermacam jenis muzik.
-Warga negara dibuka
-Menetap diKuala Lumpur

2) Pemain Piano
-Perempuan 22 tahun keatas dan bawah 27 tahun
-Boleh menyanyi
-Paras rupa yang menarik dan boleh menari
-Menetap diKuala Lumpur
-warganegara Malaysia

Sekiranya anda berasakan anda mempunyai apa yang mereka cari, email ke thefabulouscats747@gmail.com.

THE <b>FABULOUS CATS</b>: BERBAKAT: Cat kini mula diintai pengarah <b>...</b>

Posted: 06 Aug 2008 07:50 AM PDT

Oleh: Serimah Mohd Sallehuddin

Bekas anggota kumpulan Ruffedge terus cari peluang untuk kembangkan bakat dalam bidang lakonan.

KERJAYANYA bermula bersama kumpulan Ruffedge, namun kini Cat Farish atau nama sebenarnya Farish Ramli, 34, yang juga dikenali sebagai penulis lagu turut mengembangkan sayapnya dalam bidang lakonan dan terbaru pengacaraan.

Penyanyi kelahiran Perak ini juga menyimpan impian bergelar pengarah dan penulis skrip satu hari nanti. Ternyata Cat Farish seorang yang sangat gigih, bukan itu saja malah banyak lagi impian yang mahu digapai. Cat juga memberitahu Hip, dia dan Farhana anggota wanita kumpulan Fabulous Cat kini sedang rancak menyiapkan sebuah novel berjudul Telefoto.
Impiannya bukan sekadar angan-angan kosong. Sejak mendapat ruang di dalam dunia hiburan, Cat sudah menanam cita-cita yang tinggi di dalam hatinya. Katanya, dia mahu menggunakan peluang yang sukar untuk digapai itu dengan sebaik-baiknya.

"Saya pernah mencuba nasib untuk bergelar pelakon pada 1995 tetapi tidak berhasil. Jadi apabila saya mendapat peluang untuk bergelar penyanyi, saya memang sudah bertekad tidak mahu berhenti setakat itu saja. Saya mahu melebarkan sayap seni saya dengan menceburi pelbagai bidang.

"Ahmad Idham adalah pengarah pertama yang nampak bakat saya. Dia yang mula-mula sekali memberi kepercayaan kepada saya untuk berlakon dalam filem Remp-It dan sejak daripada itu banyak tawaran yang saya terima. Sedangkan sebelum ini peluang memegang watak tempelan pun susah hendak dapat.

"Selepas itu saya membintangi filem Tipah Tertipu. Daripada filem itu, minat saya untuk bergelar pengarah bercambah hingga saya sanggup membeli mesin untuk suntingan disebabkan minat," katanya.

Cat juga kini semakin seronok bergelar pengacara menerusi program 1,2 Jus… yang dikelolakan bersama Nabila Huda. Katanya, dia serasi mengacarakan program 'gameshow' yang membabitkan artis popular tempatan bersama Nabila kerana mereka sekepala. Mereka saling sokong menyokong untuk menghidupkan program berkenaan dan menjadikannya lebih menarik.
Lebih seronok lagi ujar Cat, dia dapat melihat sikap kebudak-budakan artis yang diundang dalam program itu. Antara artis yang terbabit di dalam program itu ialah Jehan Miskin, Tony Eusof, Zizan, Faradhiya, Farawahida, Faizal Tahir dan ramai lagi.

Wawasan yang dititip di dalam diri Cat sewajarnya dicontohi artis yang lain. Malah, Cat tidak lokek berkongsi rahsia kejayaannya kepada anggota Fabulous Cat yang lain. Dia memberi galakan sepenuhnya kepada Adeep yang mula berjinak-jinak dalam penghasilan lagu malah rakannya itu kini dikenali dengan lagu Cantik bersama Altimet. Sementara Farhana pula dengan penulisan novel dan DJ Sumo pula turut bergelar seorang chef.

"Saya tidak mahu mereka hanya berada di satu tahap saja. Justeru, saya beri galakan kepada mereka untuk menceburi bidang lain juga.

"Kami tidak memiliki rupa paras yang kacak tetapi kami hanya mampu menunjukkannya dengan bakat. Sebenarnya ini adalah salah satu usaha kami untuk memperkenalkan lagi kumpulan Fabulous Cat dan juga cara kami untuk mempertahankan nama kumpulan kami dalam industri ini," kata Cat penuh bersungguh-sungguh.

Biarpun tidak bergelar artis yang digilai, ujar Cat dia tetap bersyukur kerana perjuangannya dalam industri ini sedikit sebanyak berhasil. Walau tidak berada di par atas, dia tetap berpuas hati dengan kedudukannya kini.

"Saya selesa biarpun tidak berada di par yang atas dan tidak juga di bawah. Sekurang-kurangnya hasil usaha saya selama ini masih membolehkan saya menanggung keluarga, beli rumah. Kehidupan saya tidak mewah dan tidak juga susah," katanya.

Selain Remp-It, bapa kepada seorang cahaya mata Nia Karlyssa ini juga pernah membintangi filem Jangan Pandang Belakang (JPB), 9 September serta bakal muncul di dalam beberapa buah filem lagi antaranya I'M Not Single, Selamat Pagi Cinta, BS21. Antara banyak filem lakonannya, dia seronok dapat berlakon dalam filem JPB. Biarpun wataknya kecil tetapi berjaya meninggalkan kesan kepada penonton.

Sementara itu, dua telefilemnya sedang dan akan mula disiarkan di televisyen iaitu Ezora dan Ayyad yang mengisi slot TV3. Mengenai novel Telefoto, kata Cat ia mengisahkan apa yang bermain di dalam minda manusia. Sebuah lagu juga akan dicipta untuk novel berkenaan dengan judul Telefoto Layar Liar.

Sembang Cerita: Cinta Kosmik - <b>Fabulous Cats</b>

Posted: 10 Apr 2011 07:41 AM PDT

HARI ini SC memilih untuk berkongsi sebuah lagu terbaru dari kumpulan Fabulous Cats iaitu Cinta Kosmik. Lagu ini semakin mendapat tempat di kebanyakkan corong-corong radio tempatan. Lagu yang berentak rancak ini ternyata menarik minat kebanyakkan muda-mudi untuk mendengarnya.

Kebetulan pula Fabulous Cats bukan calanhg-calang kumpulan muzik. Hebat jugalah kumpulan muzik yang berasal daripada Malaysia ni.

Cinta Kosmik - Fabulous Cats
Ciptaan: Adeep Nahar/Cat Farish

Cinta kosmikmu yang membara
Cinta kosmikmu yang menyala
Cinta kosmikmu yang kau bawa
Cinta kosmikmu

Lakaran topeng cinta kau sarungkan untukku
Duniaku mula berubah satu demi persatu

Chorus
Kau kan ku angkatmu
Kau cinta kosmikku
Bersatu dalam ritma atmosferaku
Tunjukkan aku cinta kosmikmu
Merentasi semesta awan nan biru
Awan nan biru
Dah kulayarkan terbang dalam khayalan (2 kali)
Kan ku selongkar peti emas cinta yang kau berikan padaku
Ku nakhodakan armada sutera penghias awanmu

Ulang Chorus

Ku bentangkan permaidani kaca untuk kau titi ke hatiku
Ku tuliskan syair-syair cinta untuk kau lagukan untukku
Ku binakan istana air yang sebening embun
Ku hadiahkan obor-obor cinta peneman malammu

(Rap)
Segala deria
Fenomena
Bila tersentuh
Naluri runtuh
Nyalakan chi lagaan kornea
Nyawa memesong rongga-rongga longgar
Pujangga sutradara manual
Kosmikal cinta spiritual
Hadirmu tak perlu dikomen
Sedikit pun tak ubah halamu
Penjuru bucu bertemukan kaku
Cinta kosmikmu yang membara
Cinta kosmikmu yang menyala
Cinta kosmikmu yang kau bawa
Cinta kosmikmu

SC: Semoga anda semua terhibur dengan lagu ini. Hiburan adalah sebahagian daripada hidup.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan