Mawi af - Google Blog Search |
jalan mati: <b>AF</b> Di Tahun 2013 Posted: 06 Jun 2013 08:19 PM PDT 10 tahun dulu AF adalah bermulanya zaman renaissance kepada hiburan di tv malaysia.zaman di mana undi sms mula menjadi penentu kepada survivor dan penyingkiran peserta.zaman di mana komen-komen pengkritik gagal mempengaruhi peminat peserta pertandingan untuk berhenti mengundi sekiranya pelajar kegemaran mereka itu menyanyi seperti orang tidak hadir ke kelas vokal.era bermulanya gerak geri peserta semasa sesi latihan dan kehidupan peribadi peserta di pertontonkan kepada umum semata-mata untuk memberi gambaran visual kepada masyarakat yang AF ini mampu merubah kehidupan peserta sekelip mata. Ya,memang betul mampu mengubah kehidupan peserta dalam sekelip mata,juga mampu mengubah rupa paras peserta yang semasa di terjah dengan satu fail bertulis di terpilih menyertai AF dengan muka comot dan selekeh tetapi bila di dalam AF dan konsert rupanya berubah apabila dimake up tebal oleh make up artis dan diberi baju berjenama yang ditaja. Tapi harus diingat,berubah dalam sekelip mata hanya sementara untuk 3 bulan itu sajalah mereka mendapat perhatian media.selepas tahun demi tahun nama mereka mula sejuk,kehidupan mereka berubah sekelip mata tapi tidak selama-lamanya bila sampai satu tempoh masa bila peminat dah lari,takde recording company yang nak sign kontrak.kembali la mereka ke kehidupan asal. AF 1 - Vince, dengar cerita ada di hong kong mengembangkan karier tapi di 2013 ini tidak kedengaran namanya AF 2 - Zahid,masih lagi jadi DJ di radio era.af2 sentiasa dikenang sebagai af terbaik dalam sejarah kerana melahirkan peserta yang berbakat dan ini aku setuju kerana hanya af 3 saja yang boleh memberi saingan AF 3 - semuanya ditenggelamkan oleh mawi,untuk 2 tahun (2005 dan 2006) nama mawi cukup gah dengan aura dan tsumawi nya .tapi sejak 2008 namanya suam-suam kuku dan di 2010 mawi hanyalah artis biasa bukan lagi pencetus fenomena seperti berlaku 8 tahun dulu AF 4 - edisi paling hambar dalam sejarah dengan pemenang pun juara paling tak popular.ditambah dengan pakaian diorang yang jadi bahan kutukan penonton kerana tak sesuai.faizal ?? agaknya takde orang lain yang layak diundi pada masa tu bila ramai tak puas hati kenapa hazama tak dipilih.bila ingat af 4 je automaticcally teringat rich estranged. AF 5 - selayaknya digelar Dafi invasion kerana dari sini bermulanya nama ismail sabri yaakob dikenali ramai dalam arena politik malaysia.lagi aku berang dengan hattan yang komennya sentiasa pro-Mila,Mila ni aku tengok langsung tak setanding dengan zahid.cuma dipopularkan sebab juara wanita pertama dalam sejarah af.aku sentiasa teringatkan farha yang tersingkir awal,farha ni la pioneer kepada pembawaan imej kpop dalam AF, aku masa tu jugak ubah style rambut sebab terpengaruh dengan style mamat sabah ni.farha ni lebih nampak korean look dari si erul af 9 tu.entah kemana la farha ni menghilang AF 6 - tanpa ragu-ragu stacy adalah juara yang paling dinantikan.rupa ada,boleh nyanyi dan boleh menari.dengan identiti - artis wanita yang boleh menari dan menyanyi sehingga sekarang stacy antara nama besar dalam industri muzik malaysia.jauh lebih bagus dari mila... AF 7 - Hafiz,juara pertama dari sarawak.tiada aura yang digembar gemburkan seperti mawi tapi dengan suara dan bakat menyanyi nya tanpa ragu aku iktiraf hafiz la juara af terbaik tapi tak adil la kalau aku ketepikan stacy. Hafiz dan stacy adalah juara af yang paling terbaik jika dinilai dari pengaruh,pencapaian dan kejayaan mereka pada hari ini.cukup dengan imej bersahaja hafiz mampu memiliki peminat dari segenap usia.lagu awan nano jadi saksinya dengan makcik housekeeping pun suka benar lagu tu menang AJL. AF 8 - Shahir ? Apa yang aku tau dia ni di hebohkan dengan wajahnya ada iras adam lambert dan "alim"nya sebab ada join kumpulan nasyid dan belajar di UIA,padahal bukan pengajian agama di ni belajar civil engineering.juara recycle selayaknya selain digosipkan dengan RCW kemudian menghilangkan diri dan muncul kembali dengan imej botak.setanding dengan zahid,hazama dan vince tapi lebih elok dari faizal. AF 9 - setelah 5 tahun berlalu peminat af yang crush dengan kegagalan hazama diserap masuk ke af4 akhirnya terubat.tapi setelah 5 tahun berlalu adakah peminat hazama masih setia menanti dan sekukuh dulu sokongannya ? Hazama dimasukkan setelah ops gugur dikuatkuasakan dan dari situ hazama meneruskan langkah menjadi juara.ini strategi af setelah lama menyimpan hazama. Keseluruhannya, juara terbaik af layak dikongsi bersama hafiz dan stacy.tapi pelajar terbaik sepanjang zaman AF ialah Aizat af 5.sudah 6 tahun,Aizat Amdan berjaya membina nama dan kerjaya dengan usaha nya sendiri bukan dengan bergantung pada syarikat rakaman. Sent from my BlackBerry® smartphone over the TuneTalk network |
You are subscribed to email updates from Mawi af - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan