Nuffnang

Jumaat, 7 Jun 2013

Pierre Andre - Google Blog Search

Pierre Andre - Google Blog Search


<b>Pierre Andre</b> Berhijrah Bukan Untuk Mengutuk - Daxxstories

Posted: 21 Mar 2013 07:34 AM PDT

KUALA LUMPUR, 21 MAC 2013: Mendengar cerita aktor dan juga pengarah Pierre Andre yang dikatakan telah mengikuti kumpulan tabligh, pelbagai reaksi diterima daripada peminatnya. Pengarah berusia 28 tahun ini mula mengikuti kumpulan agama ini semenjak setahun yang lalu.

Pierre kemudian menjelaskan bahawa tujuan utama dia berhijrah adalah kerana mencari panduan baru dalam dirinya. Tetapi dia melakukan perubahan dalam diri sedikit demi sedikit dan mencari pegangan baru setelah merasakan dirinya seperti tidak lengkap.

Anak teruna kepada aktres Khatijah Tan ini yang akan menamatkan zaman bujangnya pada Jun ini telah ditemui pada sebuah sesi penggambaran dan dia bercerita mengenai pengalamannya setelah mendekatkan diri dengan tabligh.

"Jika ada yang masih ingat dulu saya pernah menyepi seketika dan ketika itu saya merasakan diri ini seperti hilang arah. Saya turut merasa tidak lengkap, rasa jauh daripada Allah dan kosong dalam jiwa. Saya bermohon kepada Allah untuk beri saya petunjuk.

"Disebabkan itu saya cuba mengikuti kumpulan tabligh sebagai langkah saya mendekatkan diri dan dalam masa yang sama mencari ketenangan jiwa. Penghijrahan ini tidak ada kena mengena dengan politik atau perkara yang berkaitan.

"Alhamdulillah, setelah itu saya seperti diberi hidayah setelah berhijrah dan mendapat pula ganjaran iaitu mengenali tunang dan saya akan cuba untuk membimbingnya bersama saya bila kami sudah bergelar suami isteri kelak,"ujarnya yang mula mendekatkan diri dengan membaca Al-Quran.

Pierre Andre turut menjelaskan bahawa penghijrahannya tidak ada kena mengena dengan siapa-siapa tetapi ia merupakan ikhtiar dari dirinya sendiri. Dia memulakan proses ini dengan perlahan-lahan dan bukanlah menggunakan kesempatan ini untuk mengutuk mereka yang tidak sama sepertinya.
"Saya tidak mahu jadi macam sesetengah orang yang berhijrah, tidak kiralah selebriti atau orang biasa yang mula rasa diri mereka itu lebih mulia daripada mereka yang tidak berhijrah ke arah kebaikan. Itu semua salah kerana bukan itu kepentingan utama berhijrah.

"Untuk diri saya sendiri pun saya masih Pierre Andre yang sama tetapi mungkin daripada segi batas-batas yang perlu saya ikut saya ikut. Saya tetap keluar dengan pakaian yang sama macam dulu. Tidaklah berjubah dan berjambang setiap masa.

"Sehingga sekarang pun saya masih lagi mengikuti kumpulan tabligh. Jika saya rasa kekuatan iman dalam diri makin berkurangan saya akan ikut semula mereka di mana ia seperti proses saya tambah semula kekuatan iman bila ada bersama mereka ini, itu sahaja," cerita pengarah muda ini tentang haluan hidup baru yang dipilihnya sejak tahun lalu.

Pierre juga turut memberitahu bahawa dia kini lebih banyak melibatkan diri dalam dunia pengarahan berbanding lakonan. Aktor yang pernah popular dengan siri Gol dan Gincu ini mengakui dirinya kini tidak menepati pakej dan ciri-ciri pelakon yang diminati sekarang. - murai.com.my

Tiada ulasan:

Catat Ulasan