Nuffnang

Jumaat, 7 Jun 2013

Sharnaaz Ahmad - Google Blog Search

Sharnaaz Ahmad - Google Blog Search


<b>Sharnaaz Ahmad</b> Bakal Ambil Tindakan Mahkamah | buahmulut.com

Posted: 30 May 2013 06:59 PM PDT

"Tanpa teragak – agak saya akan mengambil tindakan mahkamah terus selepas ini jika ada lagi pihak tertentu yang cuba mengfitnah saya dalam apa jua keadaan."


Sharnaaz Ahmad

"Saya dah tak nak maki-maki lagi dekat Twitter mahupun Facebook. Jadi saya harap sebelum nak keluarkan sesuatu cerita berkenaan saya, baik siasat dulu kebenaranya"

Kata kata ini bukanlah berbentuk gurauan, sebaliknya satu bentuk amaran yang dimaksudkan secara serius oleh pelakon ini. Sharnaz yang kami temui di Restoran Rebung, Bangsar memberi peringatan tersebut kepada individu individu yang sentiasa mengeluarkan cerita yang berbentuk fitnah keatasnya sehingga masyarakat memberi pandangan yang buruk terhadap dirinya .


Sharnaaz Ahmad Elfaeza Ul Haq

Ini termasuklah dakwaan yang mengatakan dia kini sudah menemui cinta baru bersama pelakon yang berasal dari Singapura iaitu Elfaeza Ul Haq. Kontroversi perhubungan ini tercetus apabila Elfaeza dan Sharnaaz Ahmad kini diuruskan oleh pihak pengurusan yang sama sejak sebulan yang lalu disamping bakal bergandingan didalam sebuah drama berjudul 'Mukhlis' yang akan ditayangkan di RTM. Mengulas lanjut, Sharnaaz nyata terkejut dengan hal tersebut


Sharnaaz Ahmad & Elfaeza Ul Haq

"Sebenarnya tidak ada apa-apa hubungan pun diantara saya dengan Elfaezah, hubungan kami lebih kepada rakan sekerja. Saya pun tak tahu macam mana cerita ini boleh timbul dan kenapa kami dikaitkan. Lagipun buat masa sekarang saya tidak memikirkan sangat soal cinta kerana bagi saya kerja perlu di beri fokus yang lebih utama " Jelasnya yang tergesa gesa mahu bergegas ke lokasi pengambaran.

p/s : Gambar Terkini Sharnaaz Ahmad, [Selanjutnya]

Mungkin Anda Perlu Baca Ini Juga !!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan